To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Monday, February 22, 2010

Susu ibu


Aku memandu laju ari ni, dalam perjalanan terbayang wajah anak-anak di rumah, irhas demam, adik tengah buat ape la agak nye...petang-petang ni mesti dia tengah tunggu aku balik, memang biasa macam ni, bila hari isnin aku mesti nak balik awal, sebabnya breast bengkak, maklum la dah dua hari dia bersama aku menyusu badan, so bila hari isnin ni memang kene balik awal, nak susukan dia...
Assalamualaikummmmmmm, jerit aku dari luar...irsyad belari terhuyung- hayang dengan walker ni mendapatkan aku...aku buka tudung (tudung baru warna kuning baru beli sabtu lepas..he..he), aku dapatkan irsyad , pangku dia dan terus susukan dia...satu sedutan panjang...pastu dia lepas..ahhhhhhhh...memang cam tu la gayanya kalau dia suka dan tak berapa lapar..main-main je mengisap susu..aku, "cepat la adik isap ibu sakit ni", pujuk aku... dia cam tadi lagi , isap, lepas...ahhhhh..., tarik dia dalam dakapan dan terus bagi dia lagi, dalam hati, cepat la, biar lega sikit bengkak susu ibu ni, tetiba irsyad tarik, dan pusing sebelah kanan...ahhhhhhh sakitnya, aku pejam mata, ahhhhh sakit, irsyad senyum menampakkan gigi dia yang baru tumbuh empat batang...air mata aku menitik menahan sakit di gigit irsyad, tapi dia yang tengah bigau-bigau gelak-gelak membuatkan aku simpan rase sakit...aku picit hidung irsyad manja, dalam hati padan muka aku, budak tu kenyang di paksa isap susu badan...

Tapi, peristiwa di gigit anak, bengkak susu, puting tersumbat tidak mematahkan semangat aku menyusukan anak-anak. Memang ada yang rasa susah menyusu anak, tapi bagi aku ia satu pengalaman yang tak akan aku lepaskan. Sebagai seorang ibu, aku memang bertekad aku akan susukan anak-anak aku sehingga dia 2 tahun, anak pertama aku susukan sehingga 11 bulan, sebabnya masatu anak pertama tak tahu cam ne nak perah susu, dan cara penyimpanan susupun masih belum arif, jadinya susu aku kering bila anak aku masuk 11 bulan, rasa bersalah sangat, bila anak kedua, yang ni memang lama menyusu badan, 2 tahun lebih, aku terpaksa berhentikan pun bila dia dah nak dapat adik, irhas berhenti masuk 2 tahun, itu pun sekembali aku dari umrah dia dah tak nak mengisap lagi...irsyad pula aku tekad untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun..itu azam aku...
So sesiapa yang nak petua cam ne nak perah susu, simpan susu, petua nak hilang bengkak susu dan sebagainya leh la rujuk kat aku sebab aku rase aku dah expert bab-bab tu...

Thursday, February 18, 2010

Alhamdullillah

Assalamualaikum...16 februari 2010, Majlis perkahwinan Mohd Yusof Ebrahim...syukur alhamdulillah, apa yang merunsingkan hati telah selamat dilaksanakan. Berkad doa saudara mara dan rakan taulan, majlis perkahwinan usof adik bongsu aku selamat di jalankan. Masa usof beritahu nak kahwin memang aku tahu tanggungjawab itu perlu aku lunaskan, start dari itu hati tak henti berdoa agar semua yang di rancang dapat dilaksanakan. Kak long juga turut sama runsing, pesan aku pada kak long," tak pe kaklong kite doa sama-sama insyaallah selamat". Semasa majlis semua saudara yang dijemput datang beramai-ramai, macam reunion saudara mara pun ada, dalam hati kalau ada emak mesti dia bangga dengan apa yang berlaku hari ini.Akak juga tidak kurang dengan hantaran yang siap di susun indah, berwarna purple, cantik di hias indah. Aku juga bangga dengan cik abang sayang aku tu, banyak juga usahanya untuk menjayakan majlis itu. Kesepakatan kami sekeluarga terserlah dan sokongan serta kehadiran saudara mara melancarkan lagi majlis sebagaimana yang di rancang.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru untuk Usof, jutaan terima kasih juga kepada semua yang membantu menjayakan majlis perkahwinan dari hari penikahan, mengantar pengantin dan hadir di majlis menyambut menantu terutama kepada Kak long, angah, akak, mak ngah, pak lang, pak uda, pak cik, mak andak, pak long md zaki, kak e,Abang ain, didah dan keluarga masing-masing, juga ribuan terima kasih kepada saudara-mara, sepupu sepapat, juga saudara sebelah arwah abah, adik-beradik abang, jiran-jiran dari chemomoi serta rakan taulan yang hadir memeriahkan majlis menyambut menantu aku.Terima kasih diucapkan.

Semasa majlis Pak cik Md Jalis ada membacakan pesanan untuk pengantin, untuk tatapan kalian aku sertakan di sini pesanan tersebut:-

Pesanan Untuk Mohd Yusof & Nurazlinda

Agaknya jika ibumu Che’meh
dan Abahmu Ibrahim masih dapat bersama hari ini
Munkin sebagini pesannya kepada nanda berdua
Di hari yang bersejarah buat mu berdua

Wahai anakanda Mohd Yusuf
Pada hari ini
Abah & ibu terkesima melihak mu
Melangkah menjadi………
Seorang yang di panggil suami ……
kepada nanda Nurazlinda.

Lantaran kehendak Allah yang maha kuasa
Abah dan ibu tidak dapat…
Membesarkanmu sehingga seperti sekarang.
Tetapi doa kami sentiasa mengiringi mu …
Agar diri mu sentiasa
dalam dakapan rahmah Allah.

Bermula dari hari keramat ini
Nanda kan memulakan pelayaran ….
penghidupan mu
Sebagai Imam….Sebagai Nakhoda ….
Sebagai suami dan juga sebagai Kekasih
Ia itu …satu pelayaran penghidupan yang baru
Yang penuh dengan tanggungjawab …
dugaan…. dan pancaroba


Kami kepingin …berpesan pada mu
Agar nanda bijak dalam menggemudikan ….
bahtera rumahtangga mu
Agar tidak karam di gelora penghidupan hakiki.

Sesungguhnya jadi suami itu ….
perlu punyai sifat yang adil
Jika hendak memberi sesuatu kepada Inda
Berilah sesuatu yang diredzai oleh mu …
dan disukai oleh isterimu
Tetapi jangan sekali Ucop beri .…
Perkara yang nanda tak mampu
Kelak rumahtangga mu jua ….
akan menerima akibatnya

Ingat…. ya sayang
Wanita itu ….dijadikan dari tulang rusuk
Yang sangat hampir ….dengan lengan mu
Supaya ia dijaga ….dan dilindungi
Dan ia juga ….sangat hampir dengan hati mu
Supaya ia di kasihi ….
dan di cintai dengan sepenuh hati
Oleh itu ….kepingin kami peringatkan
Kasihkanlah isteri mu ….
dengan cara berhikmah sekali




Sesungguhnya perkahwinan itu ….
satu syarikat perkongsian
Iaitu berkongsi sama
Yang sakit dan yang senang……
Yang suka dan yang duka
Tetapi nanda…. Ingat ya kata-kata P Ramlee
Sedangkan lidah lagikan tergigit
Inikan pula suami isteri

Jadikan muafakat ….dan saling menghormati
sebagai teras dan pedoman ….merintis kebahagiaan
Biarpun cemburu dan cinta …
kembar yang tak dapat dipisahkan
Tetapi cemburu buta semata…..
pendek rezeki namanya
Jangan sekali membuat keputusan …..
dalam amarah mu
Kerna amarah …adalah akhlak syaitan durjana
Yang membawa bencana semata ….
dan tak munkin mengunjurkan bahagia

Pimpinlah isteri dan keluargamu
Dengan sebaik-baik kepimpinan Islam
Berilah nafkah kepada keluargamu
Dengan sebaik-baik nafkah yang halal

Hamparkan terhadap isterimu
Kepada pendidikan yang bermenafaat
Agar ia jadi isteri yang solleh
Dan ibu yang dapat memimpin ….
anak-anak mu ke syorga

Pada menantu kami….. nanda Nurazlinda
Ingin kami maklumkan
Sesungguhnya ….
biarpun Yusof adalah anak yatim piatu
Tetapi ia seorang yang sangat baik budi pekertinya

Oleh itu nanda Nurazlinda
Rendahkanlah ….pandangan mata mu
Labuhkanlah ….kain mu
Jaga ….maruah mu
Dan kentalkan kesetiaan mu ….pada suami mu
Jangan sekali kali ….
nanda pudarkan kasih sayang mu padanya
Jangan jadikan yatim piatunya
alasan untuk membencinya.

Sesungguhnya mengemudi rumah tangga
Umpama mengemudi layang layang
Ada waktu perlu di tarik sedikit
Ada waktu perlu dilepaskan sedikit
Kalau nanda tarik kuat kuat
Ia akan jatuh tersembam ke bumi
Kalau nanda lepaskan terus
Ia tak akan kembali lagi kepangkuan mu

Nanda Yusof dan Inda …Ingat pesan ini ya
Dekatkan keluarga mu ….dengan sembahyang
Sekiranya kalian pamirkan
Kasih sayang kalian kepada Allah
Menerusi sembahyang
Nescaya …kasih sayang Allah pada kalian berdua
Akan dipamirkan ….oleh Allah
Menerusi rahmah ….dan keberkatan Nya


Kalau sekiranya ….kalian berdua punya waktu
Jangan lupa ….
jenguk jenguklah kubur kami untuk berdoa
dan jangan dibiarkan rumput rampai menjelai panjang
Hanya doa dari anak yang solleh
yang dapat mengiringi dan membantu kami di akhirat.

Abah dan ibumu sangat berbesar hati dan bangga
Biarpun kami sudah tiada
Tetapi kesepakatan kesemua anak-anak abah dan ibu
Menjayakan detik perkahwinan mu ini
Sangat terserlah dan membanggakan

Ya Allah ya Ghaffar Ya Azim
Ampunan kesemua anak-anak kami
Kekalkanlah kesepakatan mereka
Dan rahmatilah hidup mereka.

Selamat menempuh gerbang perkahwinan ….wahai anak kami Yusof dan Inda
Dengan rasa ….tulus ikhlas
Kami panjatkan doa ….ke hadrat yang Esa
Agar rumahtangga …kalian berdua
Berbahagia…. terus utuh..…dan kekal ke anak cucu


Biarpun kami sudah tiada
Ketahuilah bahawa
Kami amat menyayangi kamu berdua


Bawah jambatan laluan payang
Dalam pekan jual berlian
Pergilah intan pergilah sayang
Kami doakan kebahgiaan kalian

Hanya kepada Allah jua kami serahkan
Kebahagian rumahtangga nanda berdua.

Wabillahi taufiq wal-hidayah
Wassalamualaikum Wrh Wbt

Daripada:

Ayahanda Mohd Jalis Md Jelas
Tanggal 16 Feb 2010