To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Tuesday, January 26, 2010

Visi & Misi

Hari ni dah 26 hb januari, maknanya hampir sebulan aku melalui tahun 2010 ni, ada beberapa visi dan misi yang telah aku setkan untuk aku buat pada tahun 2010, dan visi dan misi tu mesti lebih baik dari tahun 2009 dan perlu aku usahakan pada tahun ni, tak kira la visi dan misi untuk diri aku, keluarga, kerjaya dan sebagainya.
untuk sebulan ni, aku rasa usaha aku masih terlalu awal untuk aku nilai, dan aku rasa aku masih positif untuk aku terus berusaha agar apa yang aku setkan tu tercapai. Selain berusaha, aku juga perlu berpijak di bumi nyata, agar aku tidak kecewa di akhir Disember nanti. Aku harap, suami, anak-anak dan kawan-kawan menyokong dan mendoakan aku. AKu perlu fokus dan berusaha...good luck untuk aku...:)

Thursday, January 14, 2010

Tq abang

Penat nye..kepala memang penat, selasa hari tu tender aku dah keluar dah selesai taklimat, hah lega..memang sakit sampai anak aku dah 10 bulan baru tender tu keluar, tapi aku boleh bangga sebab aku berjaya siapkan, so start selasa aku kene pulun satu lagi tender ..nak keluar ujung januari ni…dan kalau aku tak buat..siapa ya nak buat????...tapi bukan itu yang nak aku coret kan…aku nak bagi tahu adik aku yang bungsu nak kahwin dan aku la jadi kakak yang perlu menguruskannya…memang tak berat sangat, Cuma aku berharap majlis berjalan dengan lancar, aku juga teramat berterima kasih ngan cik abang, intan payung aku yang tak banyak nak berkira-kira, tu yang aku teraaaaaaaaaaaaaaammmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat la cinta, sayang dan bangga dengan dia ni. Dia juga menjalankan tanggungjawab dia dengan tiada rungutan walaupun aku tahu sejak kahwin adik-adik aku selalu menyusahkan dia. Memang aku bangga….tq yang!!!