To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Monday, November 30, 2009

Hari cuti hari makan

Cuti raye haji...SELAMAT AIDILADHA SEMUA'...makan cam tak ingat dunia, pastu rase menyesal sangat sebab makan banyak...bagi aku nak kurus memang senang, tapi nak maintain susah sesangat. Aku dah rase badan cam dah naik sikit, niat hati hari ni atau minggu ni Greenweek, tapi pepagi aku dah belasah roti canai, sebab nya pagi tadi aku terpergi kantin, bila dah takde ape nak makan aku beli roti canai. Masa makan memang sedap, sebab makan sambil beborak tak ingat, sekeping aku sapu bersih.
Memang susah nak maintain, sebabnya bila dah dapat berat ideal, kite akan makan macam biasa, bila yang biasa tu dikumpul-kumpul jadi luarbiasa gemuk...aku bila lepas bersalin memang senang sangat turun, sebabnya nanti aku ceritekan dan ape rahsia aku turun dengan cepat. Sekarang memang berhempas pulas nak turun berat badan, sebab tu aku kalau boleh nak elak gi krusus sebabnya bila gi krusus terutamnya kat hotel makan 6 kali sehari, cam mana nak kawal, memang kuat nafsu makan.Tak pe, mesti positive kene kuat kan semangat, mesti boleh slim balik...cayokk! cayokk!

Thursday, November 26, 2009

IRHAS YANG "BERTUAH"



Hari ini balik lambat sikit, ada Presentation dengan Tan Sri Khamis ni, so kene stay nak buat presentation material, alhamdullillah hampir siap, on the way back fikiran masih dipejabat, telefon berbunyi, dik sha telefon beritahu abang terjatuh, berdarah. Aku tekan minyak memecut balik…Sampai rumah ku beri salam,..aku nampak abang tengah memain kereta control dia, Nampak happy je terlari-lari…aku panggil abang, dalam hati masih ragu selagi aku tak tengok muka anak aku yang sorang ni, …
“Ya allah, kenapa hidung abang ni, tengok kan dah tak hendsome, dah la hidung tu kemik tengok dah macam ceplos je ni..aku membebel-bebel, ..macam mana abang boleh jatuh ni, hisss anak ibu ni memang la…cerita dengan ibu..”
Irhas dengan exited bacerita dengan aku ..” abang tak degar cakap kak cha, abang baling-baling bantal, cam ni, cam ni, ( sambil dia buat lakonan semula baling-baling bantal) …”pastu-pastu –pastu abang jatuh , kat sini-kat sini ibu, kene idung abang “…(dia beria-ria tunjuk muka jatuh atas bibir coffee table)…pastu-pastu abang nangis, kak cha cakap ….astarafillahhallazimmmmmmmm…dengan bersungguh-sungguh dia sebut “astarafillahhallazimmmmmmmm” yang membuatkan aku ketawa.
“tu la abang kan dah tak handsome anak ibu, meh-meh naik atas ikut ibu” sambil aku pinpin tangan irhas ke atas, aku gantung handbag dan angkat dia atas kerusi almari solek…”tengok ni kan tak handsome macam ceplos je”..irhas belek-belek muka dia…pusing kanan, pusing kiri, pastu dia senyum, “”tak-tak abang handsome lagi, hendsome sikit, handsome”…aku tersenyum melihat gelagat Irhas, memang tak boleh nak duduk diam, namapun anak lelaki. Walaupun dia selalu kene marah dan selalu menguji kemarahan aku, aku tahu hati dia sebenarnya lembut, kalau dah salah mesti dia paksa aku salam dia dan dia minta maaf walaupun lepas dua minit dia akan buat lagi. Cam tu la Irhas.

Friday, November 13, 2009

Siapa nak tolong aku??? sudi-sudikan la

Semalam…Badan terasa penat sangat…kepala pening ada tender yang perlu disiapkan…balik cepat…hujan turun dengan lebat…gelap, baru pukul 6 dah macam magrib…on the way back, aku buka tingkap kereta sikit, aircon aku tutup, memang aku suka bau hujan, bau itu segar, selain hujan aku suka bau orang mesin rumput, tak tahu kenape? Dalam perjalanan kepala aku masih teringat kerja di pejabat, kenape susah sangat ni , walaupun doa dipermudahkan untuk aku siapkan tender tu aku dah baca berulang-ulang kali…projek berjuta-juta, aku seorang yang memerah kepala buat, memang mencabar , tempat aku dah jadi tongkang pecah penuh contoh-contoh tender atas meja…ahhh. Tiba di traffic light depan7E, ada kereta spot depan aku, aku bermonolog dalam diri bila la aku nak dapat kereta ni…kereta tu nak buat pusingan U, masa aku tunggu dibelakang kereta tu, dalam fikiran aku mesti pemandunye macho, kang dia pusing mesti pas ni berdesup perginye. Tetiba lampu bertukar hijau, aku bersedia untuk jalan, tetiba aku break…engheleh, kereta tu tersangkut…terkial-kial pemandu nya yang tak kurang macho tu reverse …dalam hati ha..ha…mesti kereta pinjam…,
Sampai rumah, aku malas-malas je masuk dalam fikiran teringat semula tender aku yang tak siap tu…assalamualaikum, panggil aku, anak-anak belari mendapatkan aku…satu-satu anak-anak salam dan aku kucup kepala mereka, Cuma Irsyad sahaja yang tersangkut kat sofa tak dapat gerak dengan walkcar dia, dia nangis berjujurai air mata, aku ambil dia dan bagi susu badan…lepas tu semua kerja pejabat aku lupa, hanya bahagia mengisi hati ku di rumah…
Tapi pagi ini bila sampai office..perasaan berbuku di hati timbul kembali sebab masih stack dengan tender ni ..ahhhhhhhhh bencinya…siapa yang boleh tolong aku ni!!!!!

Tuesday, November 10, 2009

11 November dalam kenangan

Salam..esok 11 November…antara tarikh-tarikh yang ingin ku padamkan dalam ingatan tapi ia masih segar dalam ingatanku…...
11 November 1993,…sudah dua minggu hatiku berlagu sendu, dan baru seminggu emak datang menjenguk aku di kolej anggerik UITM. Aku tertembung emak semasa nak keluar berjoging bersama sahabat karib kak Mas. Kata kak mas, “emak ida berseri-seri, tak sangka emak ida lawa sangat.”..aku peluk emak…lama sangat..memang ada rindu , ..memang sejak masuk UiTM aku jarang jumpa emak, selain sibuk belajar aku tidak betah lihat emak bekerja rumah makdak, dan berjauhan dengan abah. Dan hari ini, emak cakap emak nak balik chemomoi teman abah, sebelum balik emak jengok aku di ITM. Aku cakap dengan emak aku baru habis presentation pertama, maklumla baru part One, dan minggu ni study week dan minggu depan periksa. Emak pesan aku buat betul-betul dan dia juga pesan supaya aku jaga adik-adik. Sebelum balik emak peluk aku, dan tegur rambut aku dah panjang, memang aku simpan rambut panjang macam Ella masa kat ITM dulu, emak kata rambut aku cantik tapi aku lagi cantik pakai tudung, aku muncungkan mulut sebab dari tingkatan satu emak suruh aku pakai tudung tapi memang aku degil. Aku salam emak dan minta maaf, sebab dah nak periksa dan aku suruh emak doakan aku…betul kata kak mas, emak aku memang berseri-seri dan aku juga perasan ada kelainan pada emak.
Sepanjang study week, setiap malam aku baca yassin, dan tidur, aku bukan kaki study jadi aku cover tidor, biasa la budak design macam aku. Kak mimah cakap kalau baca yassin tak baca buku mana boleh lulus dan bising-bising ngan aku suruh baca buku. Aku tak tahu kenapa aku baca yassin, hati risau nak periksa atau aku rasa bersalah pada emak penangan cinta pertama yang mula mengetuk pintu hati ku. Memang rasa bersalah juga bila dah start bercinta seawal part one ni.
4.00 pagi aku cuba bangun malam untuk study, hati dirundung risau tapi aku tak tahu kenapa???, yassin menjadi peneman aku pagi tu..dan aku tertidor hingga subuh..tiada mimpi yang mengganggu aku malam itu.
Pagi 7.30 ..11 November 1993, pintu bilik diketuk bertalu-talu, Kak E masuk, aku yang mamai-mamai bangun’ dalam hati aku mimpi keapa, pelahan Kak E tanya nak ikut Kak E balik chemomoi, aku yang masih mamai geleng “ ida periksa hari ni, first paper”..kak e pandang mata aku dan cakap” emak ida dah tak de” ..aku diam terkedu dan nangis, aku bangun bersiap..memang berita itu sukar untuk aku telan….
Sampai di chemomoi, ..jiran-jiran dah ramai melawat emak untuk kali yang terakhir, masa aku sampai emak tengah dimandikan, aku di panggil cik Ani untuk memandikan emak, …bersih muka emak, dan wajahnya tersenyum. Kata akak emak meninggal semput (asma) sebab ketawa banyak sangat malam tadi. Macam tu la emak, sejak aku sekolah lagi emak memang selalu semput, tapi mungkin dah ajal, dan emak pergi di samping abah dan di rumahnya di Chemomoi…
Selepas kapan, kami adik beradik dipanggil untuk cium emak untuk kali yang terakhir ..aku cium emak, dan dalam hati “ida redha emak’ ada air mata di tepi mata emak, walaupun wajahnya seumpama tidor dalam senyum…
Sudah 16 tahun emak pergi, kenangan, pesan emak masih menjadi pegangan aku, walaupun emak telah lama pergi memang kenangan bersama emak sentiasa dalam hati aku. Aku lihat ada emak dalam aku bila mendidik anak-anak.
Al-fathihah untuk emak, kepada sesiapa yang baca coretan aku hari ini aku mohon sedekahkan Al-fathihah untuk emak aku ( Allahyarhamah che’ Nah Binti Mad Jelas)amin.

Friday, November 6, 2009

Berkursus di Melaka - Protokol & Etiket, dibuat khas untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional, selama 3 hari di ajar untuk bergaya persis golongan Korporat. Terima kasih kepada Datin Zaleha Omar, memang banyak tip yang diberi. menurut beliau aku seorang yang ' perfectionist', betul ke? dan dalam jiwa masih ada inner conflict ...ha ha ye ke?. Belajar cara meningkatkan keyakinan diri, berpakaian, cara makan, berdiri dan sebagainya. Walaupun aku pergi sebab nak take a break dari kerja-kerja pejabat, tapi bagus sebenarnya krusus ni. Hasilnya aku rasa lebih positif dan iklas bila bekerja dan redha dengan apa yang aku lalui samada suka atau duka.







Thursday, November 5, 2009

RINDU

Salam, 4 November 2009,6.00 petang, balik dari berkrusus di Melaka, dah tiga hari aku berkrusus. Memang berat hati nak tinggal anak-anak tapi demi tugas pergi juga la, lagi pun tahun ni aku tak cukup 7 hari berkrusus, so sebelum SKT aku kurang aku pergi juga la krusus ni. Ini yang pertama dan paling lama aku tinggal kan baby aku Irsyad...semalam aku sampai jam 5 minit lagi pukul 7.00 petang. Dalam bas memang terasa pelahan betul bas bergerak, selalunya bila pergi berasa lambat kerana orang tua-tua kata pokok-pokok beri salam, semalam masa nak balik terasa lambat sangat. Sampai rumah aku beri salam, hujan renyai masa tu, irsyad di dokong mak teh, bila nampak aku dia jatuhkan badan dia di dada aku, dari cahaya matanya aku nampak kesedihan dia, agak nya dalam hati mesti dia tertanya-tanya di mana ibu pergi dah tiga hari ni. Dia nak tanya mak teh tak tahu nak cakap, aku cuba tarik badan dan lihat muka irsyad, berat dan tak mahu tengok muka aku, ada rasa kesal aku tinggalkan dia , tapi nak buat macamana...maafkan ibu irsyad.

Irhas pun suka, senyum dan cium aku bertalu-talu, malam tadi dalam gelap aku borak ngan irhas, ...abang rindu ibu, tanya aku...rindu jawab irhas, abang nagis pelan-pelan katenya..."siapa pujuk abang"? tanya aku...babah ...tapi abang nangis pelan-pelan ...memang dia rindukan aku...

Nina dan asha sibuk tunjukkan keputusan periksa akhir tahun...alhamdullillah semuanya okey.

Sebagai ibu berkerja memang kekadang aku rasa bersalah pada anak-anak tapi nak buat macam mana...aku kene pujuk hati, ini antara pengorbanan yang aku perlu lalui...
malam tadi irsyad tidor dalam pelukan aku dan abang tidor sebelah aku atas katil sehingga babah angkat bawa dia ke bawah...nina dan asha juga tidor di dalam bilik aku...lewat malam masa aku bangun buat susu irsyad ( selalunya babah bangun, tapi malam tadi aku tak kejutkan babah, biar dia tidor) aku lihat anak-anak dan aku rasa bahagia , bahagia yang tidak dapat aku gambarkan, tiada galang ganti nya......