To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, October 29, 2009

Gemuk

Salam, nape-nape..aku rase gemuk hari ni...
Pagi ni, sandwich telor, hotdog , nat bawa mee aku rase gak sikit, air secawan. 10.00 pagi mtg pengurusan aku makan karipap dan kuih hijau tu...walaupun budak kantin kate kuih dia orang boleh dibaling ke dinding ..aku makan gak, boring dalam mtg tadi...makan tengahari, bos ajak makan asam pedas kat bangi, aku makan walaupun nasi aku tolak kat pinggan si hazmi. Kul 4.30, dengar sarah dan nat kat pantry pekena kopi dan sekeping roti ...ahhhhh gemuk!!!!, so petang ni aku kene buat sesuatu...dah banyak makan ni...ape ngek...cuci kereta kut kereta dah macam kerbau,...mesti..mesti buat...

Wednesday, October 28, 2009

NURKASIH

NURKASIH..semenjak Ramadhan hari tu, aku memang demam ngan cerita ni, walaupun sebenarnya aku jarang sangat ikuti cerita melayu ni, tapi Kabir nye pasal aku dah jangkakan cerita dia mesti best, sebab nya masa dia buat cerita 'kekasihku seru' tu memang best dan dalam fikiran aku logik. Bab Nurkasih ni, walaupun aku tahu nak jumpa isteri cam Nur tu, lelaki diluar sana jangan mimpi la, satu dalam sejuta tapi boleh dan masih boleh diterima akal dan realitynya mungkin ada.
Sebenarnya bagi aku NUR bukan mangsa, tapi Khatrina yang mangsa dalam cerita ni, dia salah satu isteri yang teraniaya tidak dibimbing suami, yes khatrina memang asing dengan islam, dan sebagai suami, adam perlu bimbing dia kejalan yang benar, sehingga dia mencari sendiri cahaya itu bila kecewa mengetahui adam telah berkahwin bersama NUR.Realitynya, memang masih ramai suami diluar sana yang alpha membimbing isteri ni, dapat-dapat suami yang azali nya islam dan isterinya islam, tapi boleh kira ngan jari nak sembahyang bersama, mengaji dan sebagainya.
Adam beruntung, sebab ibu dan abang juga isteri selalu mendoakan dia dan pastinya dia pulang kejalan yang benar. Dia juga beruntung beristerikan NUR, tapi aku cam tak setuju je ngan Nur tu, aku rasa kabir perlu kaji balik watak NUR tu, sebagai arkitek aku rasa realitynya dia tidak boleh begitu,mana ada arkitek begitu, selalunya akitek ni keras dan bongkak..rata-rata aku jumpa arkitek cam tu, kalau NUR tu doktor aku percaya la sifatnya bergitu...
Lusa sambung balik NURKASIH, nak tunggu kesudahannya, yang pasti memang susah nak jumpa NUR di alam reality, tapi kalau nak jumpa sarah tu memang la ramai sesangat...apa-apapun, memang minat kat REMY, aku suka lelaki yang tak berapa putih ni, suka-suka-suka...jom baca sinopsis Nurkasih kat www.t3.com.my....

anak-anak periksa minggu ni...

Salam, anak-anak periksa minggu ni, harap-harap dia orang dapat jawab, malam tadi dah mengadap dia orang..terutama dik sha, marah betul semuanya terbalik, eehs geram betul, nak ku marah..kesian lak..tapi kene bertegas juga..kalau tidak dia tak tahu ...
Untuk program cuti sekolah ni, tak plan lagi ingat nak masukkan dia orang kelas tahfiz kat masjid putra, tapi aku call dah tutup la pulak...so nak bagi dia orang buat ape ya...rasenya nak bagi dia orang gi kelas memasak..okey ke???...atau buat je progam bersama ibu dan babah...tapi apa ngek yang menarik??

Tuesday, October 27, 2009

Pertemuan setelah 10 tahun menghilang

Salam, berjumpa sahabat lama..gembira telah sekian lama tidak bertemu..namun ...disusuli dengan....luahan hati yang mengguris...di mana hilangnya keyukuran mu wahai lelaki...permata depan mata ...kaca yang kau sanjung...bahtera yang dibina...karam jua...apa?? tiadakah sekulimit kesal...lupakah engkau saat pertama concangan kadi, dengan lafaz akad yang sungguh suci, dan kelahiran cahaya matamu yang yang tiga itu...dimana, dimana pergi hati mu ..hingga sanggup kau lakukan sedemikian rupa?,isteri mu sungguh murni, walau ada palit tapi, bisa memaaf lantaran kasihmu di tagih lagi...tapi cinta sang durjana yang kau tagihi...
Saat itu, perpisahan adalah jalan terbaik..betul " lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"...oleh itu jodoh mu terhenti di situ...aku percaya kau akan ketemu kesal atas perbuatan mu..
buat sahabat ku...tabah lah...pasti ada sinar menanti mu...jangan kau rayu lagi lelaki itu...tiada gunanya...jangan kau beri cintamu kepada dia yang tidak menghargaimu..doa ku, bahagia akan mengetuk pintu hati mu.

Thursday, October 22, 2009

Ketemukan Jodohnya

Pagi ni, aku sampai office, meja aku berselerak..memang tak sempat nak kemas, semalam aku cuti, ada banyak benda nak ku selesaikan, presentation kepada Tan Sri, tender NIC, sebutharga, seafood restaurant, dan bla..bla..bla, dalam hati…ahhhh bila la nak habis kerja-kerja ni..bila la aku nak jadi presiden???( sampai pencen cik kak..tak reti-reti)…aku on P.C, yang keluar gambar mak kak, sebelum aku cuti hari tu aku ada up-load gambar dia, tapi P.c aku hang dan aku off kan aje…biasanya lepas on P.C aku berdoa..cam tu la rutin aku, …hari ni aku doakan sekali..untuk adik aku yang sorang ni..

Selepas doa yang aku selalu baca..biasanya doa hailkal 3, sebab doa tu ada kat meja aku ni...…aku sambung doakan untuk adik aku yang ni…

Ya, allah ya tuhan ku kepadamu aku bermohon, pertemukan jodoh yang baik buat adik ku ini, ketemukan dia dengan lelaki yang dapat melindungi dia, jodohkan dia dengan lelaki yang dapat membimbing dia ke jalan yang benar,ya allah aku mohon dengan sepenuh hati ku, kau temukan dia dengan lelaki yang bertanggungjawab, lelaki yang terbaik untuknya, dan aku memohon kepada engkau jodohkan dia dengan lelaki yang sempurna sebagaimana kau jodohkan adam dan hawa, Nabi Muhammmad dan Khadijah, ..agar kebahagiaan menjadi miliknya....sesungguhnya jodoh pertemuan itu di tangan mu ya Allah, dengan izin mu ketemukan lah dia dengan jodohnya....…amin yarabalamin…

Friday, October 16, 2009

Hilang keayuan mata ku


Rabu.. 14 Oktober 2009, aduh sakitnya mata. Hari ni datang pejabat tak pakai contact lens. Ketumbit mata ku tumbuh balik, aku telefon Hospital Putrajaya, mereka bagi appointment 6 November 2009. lambat nye...cam ne engk. Borak ngan kak su, dia cadangkan pergi Hospital Mata Tun Hussein Onn, call abang dia setuju nak hantar. (TQ Babah luv U).

Sampai di hospital, terus ke counter 30, tunggu 15 minit aku di panggil ke counter 38, “jumpa Dr Zainal ya”, beritahu nurse di counter 38. Sebelum jumpa dr Zainal, aku diperiksa seorang Dr Cina, rasenya bukan orang Malaysia..sebabnya bahasa English dia cam lain je…” I will check your eye pressure” masuk ubat titik…pedih beb!!!…before that when did you notice this problem” …”6 month ago, I have refered to Hospital Putrajaya , but the problem keep coming back”…” look up…look down..right and left”…stay..stay..stay….Do you wear contact lens?....yes..yes..titik lagi mate…mak ai podeh mata den!!!, do you take any medication?.... aku tunjukkan ubat-ubat yang aku ambil…dalam hati ape la dia nak buat lagi ni?....kejap tu aku dipanggil jumpa dr Zainal..hitam manis, beruban sedikit…air muka macam orang baik-baik, senyum…’kenapa aida? Tanya Dr, aku terangkan balik cam aku terangkan kat Drcina tadi….dr Zainal belek-belek mata aku, dan beritahu dekat mata kita ada 25 saluran diatas dan di bawah kelopak mata yang mengeluarkan peluh dan air mata, jadi 50 kali kita ada resiko di jangkiti saluran air mata dan peluh yang tersumbat ni, so dalam kes aida saluran tu dah tersumbat dan ia merebak di saluran-saluran yang lain…sebab tu hari ni kita potong dan bersihkan saluran tu ya….aku angguk-angguk je…pastu dr tu cakap tunggu di hadapan bilik bedah…sakit tau…sambil dia senyum-senyum ..aku ngan muka cuak…dr bius kan??

Masuk bilik tu ada seorang nurse melayu yang tolong aku, ..akak cuci sikit mata ya…masuk ubat titik …dan dia cuci mata aku dengan kapas,…sejuk nya!!!, kejap tu dr Zainal datang, ..pegang kuat-kuat jangan bagi dia sakit….sambil bergurau dr tu duduk dekat kepala aku…okey saya bius sikit …dia inject kelopak mata aku…satu, dua tiga…sakit tu tiga kali cocok…pastu dia tekan-tekan …sakit…ke kebas?, aku jawab kebas, ..pastu dia kelepetkan mata dan buat la apa yang patut..kejap je..aida jangan pakai contact lens, isu ubat setiap 2 jam, nanti minggu depan datang balik jumpa saya ya…cakap dr..terima kasih dr, ..nurse tu tampal mata aku…nanti akak cuci sikit darah tu, nanti akak tampal…lepas 6 jam baru buka…mata jangan gosok ya…pesan akak tu…aku keluar bilk meraba-raba gak sebabnya satu mata dah tertutup…yang satu lagi rabun tak pakai cermin mata aku tak nampak…abang ketawakan aku ….

So korang jangan la ambil mudah soal mata ni…kene jaga sebab tak boleh nak ganti kalau tak de…aku baru sikit ni dah meraba-raba ..cuba la bayangkan kalau buta…takut kan…cam orang buta tu kan kesian…ini baru tuhan uji sikit dah teraba-raba..dan aku Mc satu hari…tido je la, nak tengok Tv cam tak nampak je…

Wednesday, October 14, 2009

Adikku dah Bertunang

"Kak Ida, minggu depan hari Sabtu, ucop nak minta ko gi meminang".....mohon ucop masa kami adik beradik berkumpul di rumah kak long selepas seminggu hari raya, bersama dia bakal tunang pun ada sekali...nama LINDA, manis orang nya berkulit cerah, orang Jawa dari kuala Selangor....aku adik beradik berpakat ...kak long kata kite buat ringkas-ringkas je...aku setuju je..kalau dah tak mampu tu tak yah nak buat besar-besar ukur baju di badan sendiri...dalam kami bergurau adik beradik, aku lihat ucop dah besar adik aku ni...dah nak kahwin..dulu dia ni la aku jaga selain akak, ucop adik aku yang busu..bila kak long dan angah masuk asrama, aku la penjaga adik-adik sebabnya aku masa tingkatan satu belum duduk asrama lagi...so tugas jaga adik aku la yang buat....aku ingat lagi ...adik aku yang ni susah sangat nak suruh belajar...bila aku ajar dia menangis...aku terjerit-jerit ajar dia...nak ku ketuk kepala tak sampai hati...so aku jeritkan aja...memang mencabar kesabaran...sudahnya dia belajar ala kadar je la...nak buat cam ne cop...la ni dah nak kahwin, kak ida doakan bila dah beristeri nanti pandai-pandai la uruskan kehidupan sendiri.....walaupun selama ni adik kak ida yang ni memang independent. Walaupun emak dan abah tak ada (masa tu ucop darjah 5 kan??) kasih sayang kita adik beradik insyaallah kak ida, kak long, angah dan akak akan jaga. Harap kita jaga kehidupan kita baik-baik, cam tu la hidup kalau tak de mak bapak ni.

Bersama bakal adik ipar

Ucop dan bakal isteri linda


Aku dan akak menunjukkan keteroran membuat hantaran. Cantik la gak walaupun bidan terjun.


(renungan jauh, bila la giliran aku ni) sabar kak nanti datuk S datang pinang.

Monday, October 12, 2009

GaMaT - Teater Muzikal

NiNa, AsHa dan IrHas...

Ahad 11 Oktober 2009...bawa anak-anak pergi tengok teater Musikal Gamat...buat pertama kalinya dia orang tengok teater di Istana Budaya, terlopong....kelakar gak ibu gamat kecek kedah...okey la...aku bagi 3 bintang...secara keseluruhan okey la anak-anak enjoy...irhas ngantuk-ngantuk pun berjaya juga dia menahan mata dan tengok sampai habis...aku pesan pada dia orang, ibu nak bawa gi disneyland sayang duit...(baik aku simpan bawa dia orang gi umrah)...so ibu bawa je la gi tengok teater je la..ini lebih kurang disneyland la jugak...dulu dah bawa tengok Finding nemo kat bukit jalil dan sinbad kat genting...tapi gamat ni paling best sebab dia orang paham sikit kut....lagipun dah besar dah, dah pandai menilai kut......

Ampuuun Bang!

Balik Jumaat hari tu, aku khabarkan pada abang ...kenapa aku curiga...ada riak kesal di mata nya...lepas ku terangkan kenapa aku curiga dan minta ampun dia okey...tq babah..."ibu minta ampun":)
kalau dah salah tu minta maaf cepat-cepat...tak reti-reti!!!!

Friday, October 9, 2009

Maafkan Isteri Mu....

Hari ni tak keluar...tak shopping...hati rase nak...tapi kaki tak mengizinkan (kasut tinggi sangat dan kasut masih baru..kakiku sakit)..perut pula memulas-mulas banyak sangat makan agaknya...so di depan komputer aku cuba cari free blogger template dalam komputer...memang aku dah meluat classic template ni....
Toot..toot..toot, telefon di atas meja berbunyi ...dalam hati ..eehhh siape lak call ni tak leh tengok org senang...ku jeling di skrin telefon....ehh abang's 2nd number, ...dalam hati kenape dia call office, jam baru kul 1.45, ...tak sembahyang ke?...aku angkat guna loudspeaker...hanya kedengaran suara latar ..ku dekatkan telinga di telefon...macam movie cina...hatiku berdegup kencang..dadaku macam nak pecah..tak keruan..dalam hati ...dengan siapa dia tengok wayang cina tengahari jumaat ni?? tiba-tiba hati ku sedih...ku cuba buang perasangka buruk..hati ingin ku matikan sahaja panggilan itu..tapi hati juga berkata ...dengar lagi...sabar,...hampir 15 minit...sunyi hanya kedengaran bunyi wayang cina...aku amati lagi...sambil hati berdoa..harapan ada suara si samsul kembar siam abang di pejabat...(itu kata kawan pejabat abang dimana ada abang di situ ada samsul)...20 minit masa berlalu...aku masih terus mendengar...
ku ambil handset ...ku dail abang's 1st number.....dia angkat...ayang kat ne tu...aku tanya ..ku cuba kawal getaran suara ku..."kat tempat service kereta...kereta babah dah dekat 5000km, nak kene services, kat toyota la ni...petang ni babah lambat ada lawan bola..pasni nak gi open officce MPS..mungkin lambat sikit balik" ...'ayang tak sembahyang?...tak hari cuti sembahyang...dia berlawak.. ...okey....di telefon office, aku dapat dengar suara ku berbual dengan abang...ku letak handset dan cuba off phone office...tapi hati aku masih ragu...ku biarkan telefon itu on lagi...sekejap itu ia off sendiri...aku call abang..."babah tercall ibu ke, tanya abang'..dia biasa sahaja...
hati ku kesal ...kenape aku mesti ragu..curiga...atau ini perasaan seorang isteri...kenapa???baru je minta maaf raya hari tu..kenepa aku masih ada penyakit hati...kenape aku perlu ragu...adakah aku isteri berdosa...bagaimana untuk ku buang perasaan itu...adakah itu normal..kepada isteri di luar sana ....berdosakah aku...normal ke aku..atau perasaan sayang itu melebihi dari segalanya yang membuat curiga itu mengusik hati....

Kepada abang maafkan isteri mu ini:)

Monday, October 5, 2009

Kenapa aku menyesal???

Dalam bilik air..aku dengar anak aku, Nina dan Asha bergaduh ....tapi aku tak tahu pasal apa? Sebelum keluar aku dengar Nina beritahu babah...hari ni nak jage book shop ...memang anak aku tu tengah test nak jadi pengawas...so dia nak pegi cepat ...keluar dari bilik air...Asha dah tunggu...bila dia nak masuk aku terus halang dan marah budak bedua tu...ku suruh asha mandi bilik mak kak...kak nina pun mengade lak pagi ni nak mandi bilik aku...oleh kerana biasanya asha mandi bilik aku..hari ni aku bagi nina mandi...asha terus ke bilik air mak kak dan menghempas pintu bilik air...dia mandi lame dan aku tahu dia menangis...dua tiga hari ni semenjak aku train dia orang untuk persediaan exam akhir tahun ...asha memang selalu kene marah..kalau aku bagi ujian ..nina salah satu atau dua..tapi asha salah sampai berbelas-belas...macam mana aku tak marah...

Aku dpt rasakan yang dalam hatinya aku sayang kak dia lebih...tapi jauh disudut hati aku ..aku sayang semuanya, tapi sebab dia yang banyak buat salah..dia yang nampak selalu kene marah...kalau boleh aku tak nak beza-bezakan anak-anak ni..siapa yang buat salah mesti la kene marah...kalau ikut cara mak aku dulu lagi la garang...cuma bila aku marah mesti dalam hati aku rasa semacam..orang kata 'sebal'..menyesall...tapi bila tak di marah dia orang tak tahu mana yang betul dan mana yang salah...

Doa aku..anak-anak aku berjaya dunia akhirat..'korang ada petua untuk tak bagi anak bergaduh tak????

Thursday, October 1, 2009

Makna Raye bagi aku


Salam...dah lame rasenye tak up-date blog ni...cam hari tu memang dah boring sangat...tapi semalam faez cakap kalau boring up-date blog..so hari ni tergerak hati nak up-date.

Nak cite sikit pasal raye aku tahun ni...tak semeriah tahun lepas...tah rase cam tak berape best je...APA MAKNA RAYE ??? sebenarnya bagi
aku mase ni lah kite boleh bermaaf-maafan...tahun-tahun lepas memang sedih sangat ..terutama bila minta maaf kat abang...selalunya dia yang nangis dulu...pastu aku pun jangkit sekali...kalau dulu mase arwah emak ade..keluarga aku tak la sentimental sangat...atau aku ni jenis keras hati kut...tapi bila dah berkahwin dan masuk dalam family abang ni ...bila tengok orang nangis-nangis aku pun jangkit sekali...atau aku dah ade sikap tanggungjawab...dah ada sifat keibuan...dah ade perasaan bersalah...atau aku tahu dah banyak dosa yang aku buat kut....

Raye-raye ni pun ...mase berjumpa kaum keluarga...aku berkesempatan jumpa mak sedara, sepupu sepapat dan berkumpul bersama adik-beradik...aku sebenarnya bangga...walaupun mak dan abah dah tak de...dan kami tergolong dalam anak yatim piatu ( dulu la kan..sekarang dah kahwin tak yatim piatu lagi) kami adik beradik masih baik dan akrab. Aku tak mahu jadi macam adik beradik emak sampai tua berpecah belah sebab tanah yang sekangkang kera...doa aku, semoga keluarga aku berbaik-baik selalu dan tahu tanggungjawab masing-masing.
Raye juga bagi aku mengajar dan memberi pengajaran...akan erti tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa...maseni la nak tengok...ade tak anak-anak yang sanggup jaga emak bapa yang sakit-sakit bila tua nanti...jangan mak baru meninggal...tahun ni la nak balik kampung bila raye...sebelum-belum ni, masa arwah emak mereka ade tak nak pula beraye di kampung alasan nya nak berkumpul satu keluarga dulu...kenape bila arwah dah tak de boleh lak balik kampung ..macam pesta...tu juga menjadi pengajaran pada aku...dan pesan aku...esok bila ibu dah sakit atau tua...ibu mohon anak-anak ibu balik la tengok ibu....