To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, April 23, 2009

KESIAN IRHAS


22 April 2008....Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, setengah jam lagi Irhas balik dari sekolah....dalam hati aku berazam hari ni tak nak gaduh dengannya. Sejak dapat adik, dia banyak perangai, maklumla, nak manja dengan Ibu adik dah ada. Banyak sangat perangainya kebelakangan ini. So hari ini aku berazam tak nak marah Irhas.

Irhas : "Ibu abang dah balik..." abang dah balik, belajar ape kat sekolah" ......"Tak belajar nyanyi je"....sambil aku menyusukan adik ..., "dia cium-cium adik...

"Abang jangan usik rambut adik ni ibu dah sikat elok-elok" tegah aku pada Irhas, ...."rambut pacak..rambut pacak"...kata Irhas, sambil tangannya menarik rambut adik...., "abang tidur la, ibu buat susu penuh untuk abang ya"...pujuk aku, ...aku letak adik, dan pesan pada irhas jangan usik adik sementara aku pergi buat susu untuk Irhas, ..."rambut pacak, rambut pacak"...kejap lepas tu adik nangis, dan aku dah lupa janji aku dalam hati tadi tak nak marah Irhas....irhas aku lepuk dan dia nangis, ....kesian irhas, walaupun aku hanya marah dan lepuk kakinya tapi dalam hati tetap aku rasa kesal, kalau dulu dia pengarang jantung hati ku, sekarang aku banyak marah dia, sebab nya banyak perangai yang dia buat untuk tarik perhatian aku., pernah disuapnya adik coklate, hampir digigit hidung adik dan bila dia ngantuk kekadang dia buat perangai di baling-baling permainannya...aku takut terkene kepala adik je...tu yang buat Irhas selalu kene marah...

"maafkan ibu Irhas, walau apa pun semua anak ibu, ibu sayang".....
Lepas dipujuk irhas tidur sebelah adik, aku memandang sayu, dua orang anak lelaki ibu Irhas dan Irsyad, semoga dia menyayangi ku sehingga akhir hayatku. AMIN

Wednesday, April 15, 2009

IRSYAD DAH SEMBUH....

Alhamdullillah, , semalam jumpa pakar di Hospital Putrajaya, Irsyad dah sembuh dan tak ada kuning lagi...lega rasanya dan boleh la aku makan jamu..tapi abang advised makan lepas pantang...huahhhhhhhh....so kene tunggu la lagi.....
Tapi apa-apapun syukur anakku dah baik. Semalam masa di breast feeding room, rupanya ramai yang anak kene kuning, lagi teruk, ada yang dah 46 hari, dah 3 kali keluar wad dan ada yang dah 3 bulan pun masih kuning. Ahamdullillah irsyad dah baik dan tak teruk macam dia orang. Syukur................

Thursday, April 9, 2009

Anakku Kuning (Jaundis)


Anakku Kuning.......hari ni dah masuk hari yang ke 21, tapi anak ku masih kuning...adakah ini atas kesilapan ku yang mengambil jamu di awal usianya seminggu....pengalaman dengan anak-anakku yang lain kuningnya sedikit selepas di jemur, selepas seminggu dah baik....

Tapi bila tiba Irsyad ni berpanjangan pula, hari yang ke 8, 9 dan ke 10 dah masuk wad, kami dibenarkan pulang bila bacaan darahnya 217, hari yang ke 18 aku dapat panggilan dari Klinik Putrajaya untuk datang follow-up check, dan pada hari tu bacaannya meningkat semula kepada 245, dan aku disuruh datang semula keesokkan harinya dan bacaannya menurun kepada 231, dan doktor bagi aku surat untuk refer balik ke Hospital....

Kesian Irsyad, dah lebih 10 kali ambil darah...setiap kali ambil darah dan mendengar jeritannya hati ku sayu....aku dan suami dah cuba bermacam iktiar, selepas balik dari Hospital, aku mandikan baby dengan ubat cina tiga hari berturut-turut, pastu aku minum susu kambing dan bagi dia minum air sengkuang cina. Selepas tu orang kata mandi kan ngan air dukung anak....aku cuba juga, tapi masih kuning.....dan hari ini dah tiga hari aku mandikan dia dengan air daun inai dengan harapan minggu depan bila jumpa pakar kat hospital Putrajaya bacaan darah dia normal.
Aku juga telah dapatkan air penawar dari Darul Shiffa(Pusat rawatan Harun Din) insyaAllah, anakku akan sembuh.

Tujuan aku ambil jamu bukan suka-suka, aku bermasalah buang air, kalau tak makan jamu memang la tak membuang la aku. Tapi aku hanya sempat ambil jamu 3 hari je...bila melihat dia kuning aku terus stop pengambilan jamu, dan sampai sekarang bila buang air, air mata ku juga terbuang. Tapi tak pe demi anak ibu, kesakitan itu ibu lupakan......insyaallah lepas habis pantang ibu akan makan jamu balik.
Ibu doakan anak ibu sembuh....semalam aku juga jumpa Dr Yusman, memang aku suka jumpa Dr ni....dia kate jangan risau...anak ibu kuat menyusu, dan aktif, cuma ada kuning sikit-sikit lagi....bagi banyak susu dan air, insyaallah tak de ape-ape. Kalau nak iktiar cara kampung pun tak pe, yang penting minta doa banyak-banyak kat tuhan, insyaallah.