To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Tuesday, April 12, 2011

TIP KALAU TERKENA MINYAK/AIR PANAS

Di petang sabtu yang indah…hujan di luar menyimbah bumi…bilikku gelap…sunyi je petang ni..mana bebudak ni??...aku turun katil..masih bermonolog dalam diri..eh mana-mana dia orang ni…tetiba si kecil datang ..” dik apar (adik lapar)….seminit kemudian abang pula berlari kea rah ku…ku tanya abang mana kakak…ringkas jawapan abang …” jit jit semut siapa sakit naik atas…kak limah balik rumah”..faham la aku yang dia orang semua tengah layan cerita kak limah tu …
Aku turun bawah..perut terasa pedih..time makan dah sampai…kebiasaannya aku memang makan 6 kali sehari ..tapi kuatiti nya sahaja akan ku control ….jadi petang ni aku kene juga buat sesuatu untuk mengisi perut ku..dan juga anak-anak yang kejap lagi pasti akan serbu dapur untuk makan petang….
Aku ambil minyak masak…panaskan ..ada keropok lekor dalam peti..fikirku cukup untuk jamuan petang ini….dalam hati..tambah buat kodok kosong cicah lauk tengahari tadi pun sedap…ringan sahaja tangan aku mengeluarkan tepung dari almari dapor…fikirku sementara goreng keropok ..aku boleh bancuh tepong….
Tetiba kakak datang..disergahnya aku…dan sepantas kilat..kuali dah terbalik dan minyak panas dah menyimbah kaki ku…ahhh jeritan kuat..dan satu cubitan hinggap ke lengan anak sulung ku itu…kerana terlalu panic ..aku simbah tepong di tangan ku atas kaki yang terkena minyak…sambil mulut tak habis-habis membebel…
Anak ku kaget..tapi lepas tu kami sama-sama ketawa…kakiku masih dibaluti tepong gandum…(kalau goreng jadi kaki goreng tepong..he.he)…
Aku menanti rasa bisa melecur tadi hilang dan ku biarkan tepong membaluti kaki…dengan kuasa tuhan..kaki ku baik dan kulitpun tak melecur…ajaib kan….
Petang itu…kami menjamu keropok lekor sahaja sambil mengenangkan apa yang berlaku tadi…

so petua kalau terkene minyak panas lumurkan sahaja dengan tepong…dan kalau u all ada kotengensi plan..simpan tepong dalam peti ais..lagi baik lepas kene minyak/air panas..terus je leburkan dalam tepong tu …sejuk..okey selamat mencuba!!!

No comments: