To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, April 7, 2011

ROSES ARE FOREVER -FLORIA PUTRAJAYA 2011





siape-siape suka....suka tak kalau hari-hari bahagia terima bunga ros...tetiba dalam bilik ade bertaburan bunga ros..kalau korang merajuk..abang bagi bunga ros....tiap-tiap hari ade peminat mesteri bagi bunga ros..korang suka tak???...ce cite-ce cite...aku suka gak..tapi yang pasti aku tak suka mat bunga..... dulu mase-mase zaman muda-muda ada la mamat ni..Ya Allah tersangat la romantiknye teramat..cakap pun pelan-pelan je...kenkonon berbisik la tu ...sungguh la romantik....bila aku merajuk dia bagi bunga ros..sejambak je okey...siap ade puisi la bagai..kenkadang dia bagi surat cinta..dan dalam surat tu ade kelopak bunga ros..yang wangi..yang kering..yang separuh nak kering...bila gi dating..(kat seksyen 2 shah alam..ade satu kedai, dia letak meja kat luar n letak gelas yang ade air dan api tu..korang ingat tak)....kenkonon candle light dinner..makan nasik goreng pataya..dia bagi aku ros kenkadang untuk buat lawak romantik...bila aku tanye kenapa tetiba bagi bunga dia cakap sebab ingat kat u...muka u segar cam ros..baumu harum cam ros..senyum mu..tak apa tah...dalam hati aku guling-guling..kembang-kembang bila orang tengok aku pegang bunga..kenkonon pak we sangat la tu...tapi mamat tu tak tahu..bila sampai bilik..belum sampai bilik semua bunga tu dah masuk tong sampah...( da tak baik ko>.maafkan aku pakwe ku..ha.ha.(ketawe jahat)))...sampai roomate aku tanya kenapa aku tak simpan/tonggengkan bunga tu boleh buat bunga kering...bukan aku tak suka bunga..bukan aku nak zalimkan bunga ros tu..cuma aku rase aku tak patut simpan..sebab dia bukan-bukan ..bukan ..bukan bakallllllllllllllllll...

okey..bukan dia yang bermain dalam fikiran aku ..bukan dia juga yang mengusik kerinduan aku..bukan dia yang kenkadang membuat aku tersenyum sensorang...tapi bunga ros..sejak Disember last year..bunga ros sahaja yang bermain dalam fikiran aku..ros bunga indah..ros telah di pilih sebagai "BUNGA TEMA FLORIA" sedikit fakta menarik tentang ROS:-

FAKTA MENARIK
Perkataan rose berasal daripada perkataan Latin `rosa’
Saiz Bunga Ros di Malaysia tidak sama dengan di Eropah kerana perbezaan cuaca
Buah Bunga Ros dipanggil rose hip, yang berbentuk bulat, berwarna merah dan boleh dimakan
Bunga ini menjadi lambang kepada cinta dan kecantikan

SIMBOL WARNA BUNGA ROS
Merah – cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan
Kuning – kegembiraan, kebahagian, kebebasan dan persahabatan
Putih – penghormatan dan kesucian hati
Merah jambu – kesyukuran dan bergaya
Merah jambu pekat – terima kasih
Merah jambu cair – sedih, simpati dan persahabatan
Jingga – teruja dan Bangga
Biru – misteri, khayalan dan mengharapkan peluang baru
Gabungan merah dan putih – penyatuan
Gabungan merah dan kuning – setia, gembira

korang pernah terima warna apa??

pemilihan bunga ros berdasarkan simboliknya bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang kepada tuhan, sesama manusia dan alam sekitar yang berkekalan untuk selamanya.

Tema acara pulak tahun ni "ROSES ARE FOREVER"..jeng..jeng..jeng..jeng.jeng (muzik cam cerite James Bond are forever..he.he..)

so..sejak dari disember fikiran aku penuh ngan gambaran apa kelainan nak di bawa ke Floria tahun ni..and for info..bunga ni teramat susah nak jaga (bagi yang tak tahu jaga la)..apa kelainan dan "wow factor" yang boleh menaikkan lagi Floria tahun ni.
aku tengah fikirkan..apa ya?? kalau korang ada idea tolong la bagi...

So pada kak Ros, rosni, rosmah, rosnah, rosliza, rosmawati, roslina, rostata (adeke nama rostata)..rosluna (ah luna maya)..kepada abang Roslan, Roslin, rosman, rostam, rosmin, dan lain-lain tahniah...sebab mesti bangga kan..nanti datang Floria ya..mesti glamour!!!

Okey..nanti jumpa di FLORIA ya...babai..

(NOTA:- abang nak bunga ros..dah lama tak dapat bunga..lindu!!)

1 comment:

ROUGH.ROSA said...

Cantik cantik roses akak tu... Yg kaler purple to indah bangat... Semua pokok kat rumah ke? Ada kelasss...