To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Monday, April 25, 2011

AKU MENANG KERETA

Wah-wah seronok-seronok…hati menyanyi riang…nak golek-golek je rasenye…telah pecah suara aku menjerit bila surat itu sampai….”Tahniah anda telah memenangi cabutan Utama SSP sijil simpanan premium untuk bulai Mei 2011 dengan memenangi hadiah utama sebuah kereta Mercedes Benz C200EL’….aku suka-suka sangat…mata hitam ku bertukar RM…”mak cik kayo..mak cik kayo….ape-ape aku nak buat dengan kete mewah ni..aku nak jual..aku nak bawe anak-anak jenjalan..aku nak berlagak cam orang kaye-kaye..aku nak ape….surat itu berada di dalam tangan..memang aku rasa tak percaya..tapi ia telah menjadi kenyataan..betul-betul… emak selalu doakan aku “anak bertuah”..memang aku anak bertuah…dan ini hadiah terbesar yang aku terima….kalau aku jual kereta tu ..aku leh gi umrah, aku beli kereta baru, aku buat down payment rumah..simpan sikit untuk anak-anak, bagi sikit kat abang, kat kak long, mak kak, angah dan ucop sikit…wah bila-bila nak jual kereta tu…

Anak-anak dah menjerit suka….minta aku bawa gi Hong kong Disneyland…wah suka-suka…kereta tu warna putih, cantik sangat…..hati dah berbelah bagi..…nak jual ke nak pakai….kalau aku pakai….kalau kene curi cam ne…..aku yang rugi….tapi bila aku buka pintu kereta dan test drive…mak aiii…memang terbaik….aku suka…..aku suka..aku suka….aku suka……………………………….rambut aku ditiup angin bila aku bawa kereta tu…..kembang …..kempis hidung aku bangga sangat….orang sekeliling tengok aku …ada yang menjeling…..ada yang terlopong…..memang aku teramat bangga…”aku anak bertuah” kata mak…




Tetiba………………………………….”ibu bangun …adik nak susu..kata suami ku” kenapa tido pun senyum-senyum??? Cehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……………aku mimpi…uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa……….”’aku masih belum bertuah, rupa nya ….baru semalam aku tengok sijil aku yang tak seberapa nilainya masa berkemas masukkan surat beranak abang selepas pendaftaran sekolah minggu lepas…………….bila la nak bertuah ni????

Thursday, April 14, 2011

JANGAN TIPU

Babak satu
Petang semalam...Sambil menikmati jeruk mangga yang di beli di Alamanda…harga RM 7.00, ada mangga, salak, jambu..letak gula campur belacan dan serbuk lada…wah meleleh air liur….
Adik: bu..bu..bu adik nak kit bu..
Aku:- no..no ( sambil aku tarik bekas jeruk, mulut sambil kunyah-kunyah menikmati kenikmatan jeruk mangga…sedap
Adik:- adik nakkkkk..(dia start merenget)
Aku:- no…adik tak leh..pedas…kata aku…
Adik:- nakkk..
Aku:- tak leh!!
Adik:- nape buu…
Aku :- pedas ade cili api..pedas-pedas…(sambil aku buat aksi pedas)
Pastu dia lari bermain dengan abang…aku meneruskan menikmati jeruk dengan tiada gangguan.

Babak dua
Pagi tadi......Aku keluar mencari kasut untuk ke tempat kerja…selepas menghidupkan enjin kereta aku duduk dengan adik di garden table di depan rumah…pagi ini hati adik riang sangat..sambil menggoyang-goyang kan kaki dan menghinjutkan badan..dia menikmati coklat Zip yang aku beli di Alamanda…
Aku:- adik bu nak kit..(sambil aku bermanja-manja dengan dia..ini je la masa sebelum aku tinggalkan dia ngan mak teh)
Adik:- no..no…sambil dia goyang-goyangkan jari
Aku:- ala..ibu nak sikit je..la bagi la..bagi la..bagi la.. (aku hentak-hentak kaki buat aksi cam ne dia selalu buat kalau nak barang)
Adik:- tok leh…pedas…(sambil dia terus makan coklat)
Aku:- ?????
Adik:- pedas..ade ili api…sambung adik
Aku :- Dalam hati..padan muka aku…tapi puas aku cium anak ku itu….

Bertuah punye budak!! Pandai ..

Moral of the story..jangan menipu anak-anak!!!

Wednesday, April 13, 2011

ROS..ROS..ROSES ARE FOREVER MENGANGGU HIDUP KU!!!

I WILL FOREVER HATE ROSES

I used to love it when roses would come.
The card always read, "You're my number 1".
But love never goes the way one supposes,
And I will forever hate roses.
You sent me roses, I thought it was nice.
Opened the card and it read, "goodbye".
You're movin' on as this chapter closes,
And I will forever hate roses.

I'll never see a rose from now on
That will not remind me that you're really gone.
Don't trust the rose for the danger it poses
I will forever hate roses.

The fragrance of roses will last throughout time.

Their beauty will linger, but not in my mind.
No, I'll love the daisies, the tulips, the posies,
But I will forever hate roses.

And I'll never see a rose from now own
That will not remind me that you're really gone.
Oh, and don't trust the rose for the pain it imposes.
I will forever hate roses.
Now you're movin' on as this chapter closes,
And I will forever hate roses.
Yes, I will forever hate roses

DOLLY PARTON - I WILL FOREVER HATE ROSES LYRICS

Tuesday, April 12, 2011

TIP KALAU TERKENA MINYAK/AIR PANAS

Di petang sabtu yang indah…hujan di luar menyimbah bumi…bilikku gelap…sunyi je petang ni..mana bebudak ni??...aku turun katil..masih bermonolog dalam diri..eh mana-mana dia orang ni…tetiba si kecil datang ..” dik apar (adik lapar)….seminit kemudian abang pula berlari kea rah ku…ku tanya abang mana kakak…ringkas jawapan abang …” jit jit semut siapa sakit naik atas…kak limah balik rumah”..faham la aku yang dia orang semua tengah layan cerita kak limah tu …
Aku turun bawah..perut terasa pedih..time makan dah sampai…kebiasaannya aku memang makan 6 kali sehari ..tapi kuatiti nya sahaja akan ku control ….jadi petang ni aku kene juga buat sesuatu untuk mengisi perut ku..dan juga anak-anak yang kejap lagi pasti akan serbu dapur untuk makan petang….
Aku ambil minyak masak…panaskan ..ada keropok lekor dalam peti..fikirku cukup untuk jamuan petang ini….dalam hati..tambah buat kodok kosong cicah lauk tengahari tadi pun sedap…ringan sahaja tangan aku mengeluarkan tepung dari almari dapor…fikirku sementara goreng keropok ..aku boleh bancuh tepong….
Tetiba kakak datang..disergahnya aku…dan sepantas kilat..kuali dah terbalik dan minyak panas dah menyimbah kaki ku…ahhh jeritan kuat..dan satu cubitan hinggap ke lengan anak sulung ku itu…kerana terlalu panic ..aku simbah tepong di tangan ku atas kaki yang terkena minyak…sambil mulut tak habis-habis membebel…
Anak ku kaget..tapi lepas tu kami sama-sama ketawa…kakiku masih dibaluti tepong gandum…(kalau goreng jadi kaki goreng tepong..he.he)…
Aku menanti rasa bisa melecur tadi hilang dan ku biarkan tepong membaluti kaki…dengan kuasa tuhan..kaki ku baik dan kulitpun tak melecur…ajaib kan….
Petang itu…kami menjamu keropok lekor sahaja sambil mengenangkan apa yang berlaku tadi…

so petua kalau terkene minyak panas lumurkan sahaja dengan tepong…dan kalau u all ada kotengensi plan..simpan tepong dalam peti ais..lagi baik lepas kene minyak/air panas..terus je leburkan dalam tepong tu …sejuk..okey selamat mencuba!!!

Saturday, April 9, 2011

Petua & Tip Bersauna



Sauna...tahu tak makna sauna...korang pernah sauna tak???...suka tak bersauna...aku tahu serba sikit pasal sauna tu..tapi masa belum kahwin dulu pernah gak pergi dua tiga kali ..kat kedai masa buat facial....facial RM45 + RM15untuk sauna..masa memula dulu..terfikir gak..cakap dalam diri.."apa la sengal ko da, duduk dalam sauna ..dah la panas..buntut rase cam nak terbakar..peluh berjurai-jurai...dulu masa lum kahwin kurus..so kebaikan bersauna memang aku tak peduli sangat..

Bila aku pantang anak pertama..badan tak le kembang sangat..pantang pun jaga sendiri so..balut-balut, sauna-sauna ni memang aku tak buat...tapi bila lahirkan anak ke dua..badan macam kene tiup..belun udara Putrajaya pun kalah..so aku cari la petua cam ne nak cepat kurus...hasil dari kajian aku...bersauna antara kaedah yang paling mudah nak kurus...antara kebaikan bersauna:-

Keluarkan Toksin dari tubuh

bila bersauna peluh akan keluar...so semua kotran boleh dibuang dan ikut keluar bersama peluh...masa dia keluar tu cuba u all bau ..bacin tak peluh korang tu...kalau bau semerbak tu maknanya banyak la toksik yang keluar..kalau tak bacin tu ....makne nye korang dia kaki buang air..tak kira la air besar ke kecil..so toksik dalam badan memang selalu korang buang!!(eh betul ke fakta aku ni??)...bila dah selalu buang toksik...kulit pun jadi bersih...meh aku nak ajar..mase ko duk dalam sauna tu jangan la duk diam je...tak reti-reti nak sental daki..kat celah-celah tu...tu yang jadi bersih tu>>>


Meningkatkan metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. So dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!! banyak tu!!!...kalau malas nak bersenam..korang dok je la dalam sauna...kalori terbakar gak kan!!

Kalau bersauna kurang Stress.
Bercaya la cakap aku...kalau lepas bersauna fikiran lapang..malam tu pun tido tak hinggat..lena macam bayi..sebab bila peluh dah banyak keluar..badan rase ringan..cam korang lepas bersenam...tido lena kan!!

Sembuhkan masalah kulit dan anu akan lebih harum
Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat....masa korang bersauna tu campakkan sehelai dua..daun sireh, daun pandan, halba, asam keping...kalau ade serai wangi lagi baik..so wap dari bahan-bahan ni akan mengharumkan anu kat bawah tu ..dan mengharumkan bau badan juga..lepas bersauna..basuh anu ngan air tadi..(tunggu sejuk dulu okey!! kang melecur jgn cari aku)

Bercerita memang senang kan..nak buat memang susah....banyak alasan kita beri..tak de duit nak pegi sauna..nak beli sauna tak mampu..rumah kecil..sauna tu gedabak..kat mana nak sumbat sauna tu...he.he tu semua alasan klise bagi aku...dulu aku pun cam korang...tapi meh-meh aku bagi idea:-

Tip 1:-
kalau tak de sauna...buat sauna sendiri...memula ambil besen...letak satu kerusi yang tak de alas duduk..(bukak je la skru kerusi tu cabut)..pastu..jerang air panas..bila dah mendidih jirus dalam besen ngan bahan-bahan bertangkas(daun sireh, daun pandan dll)...pastu korang ambil gebar/cadar selubung ngan korang-korang dan besen n kerusi tadi...(banyangkan je la korang buat gerobok sauna tu ngan gebar...duk sampai air jadi sejuk dan tak de wap..cara ni cara orang tak berduit la..(hah teringat pantang anak ke dua dulu..tq Mak ton ...tukang urut aku yang ajar..)

Tip 2:-
beli sauna box..harga pasaran dalam RM 300- RM 600...ni memerlukan space dan elektrik..caranya senang on kan je..tapi untuk tak nak tunggu lama..korang tunggu je air tu mendidih dulu dan box dah penuh wap baru korang duduk dalam box tu...kalau tak bergejam nunggu...kalau korang masuk dalam tu masa air lum mendidih jawabnya air baru nak mendidik korang dah boring...

Tip 3:-
Sauna suit...boleh beli kat kedai peralatan sukan..harga RM30..murah je ia berwarna silver ...korang pakai bila nak buat exercise...memang berpeluh cam hujan badan tu..aku selalu buat..ni boleh perah baju yang di pakai..n kenkadang bila aku jogging percaya tak stoking aku basah sebab peluh semua turun ke bawah...kenkadang aku pakai dalam rumah semasa buat spring cleaning...tapi korang kalau korang pegi jogging pakai la dua lapis baju..sebab kang semua mata-mata kat Malaysia ni tengok korang..kalau aku aku pakai raincoat adidas aku kat luar so org tak tahu kat dalam ade ape..so far ni cara bersauna yang paling mujarab bagi aku...sebenarnya idea ni aku dapat masa mengandung anak ke tiga..masa tu aku gila tengok..satu reality show ..aku tak ingat dah nama show tu ape..tapi ia kisah peninju-peninju...korang tahu tak bila sebelum dia orang timbang badan..n kalau ade peninju yang terlebih berat.. dia akan berjogging pakai sauna suit ni..pastu berkilo-kilo turun berat badan dalam satu malam je..

Tip 4:-
Sauna belt..ni untuk kawasan khas yang bermasalah..nasihat aku tak yah la beli..membasir je..tak effective langsung!!!

so korang selamat mencuba...dan selamat bersauna...orang kata nak seribu daya..tak nak seribu dalih...kalau korang beli sauna tu tapi simpan dan tak digunakan pun tak kan jadi gak!!(da ko cakap ngan dia orang ke ko cakap ngan diri ko..eh aku buat key..kenkadang jer..bila terasa gemuk!!))...harapan aku..korang boleh cepat kurus...berfikiran positif key...cayookkk!!!!

Thursday, April 7, 2011

ROSES ARE FOREVER -FLORIA PUTRAJAYA 2011





siape-siape suka....suka tak kalau hari-hari bahagia terima bunga ros...tetiba dalam bilik ade bertaburan bunga ros..kalau korang merajuk..abang bagi bunga ros....tiap-tiap hari ade peminat mesteri bagi bunga ros..korang suka tak???...ce cite-ce cite...aku suka gak..tapi yang pasti aku tak suka mat bunga..... dulu mase-mase zaman muda-muda ada la mamat ni..Ya Allah tersangat la romantiknye teramat..cakap pun pelan-pelan je...kenkonon berbisik la tu ...sungguh la romantik....bila aku merajuk dia bagi bunga ros..sejambak je okey...siap ade puisi la bagai..kenkadang dia bagi surat cinta..dan dalam surat tu ade kelopak bunga ros..yang wangi..yang kering..yang separuh nak kering...bila gi dating..(kat seksyen 2 shah alam..ade satu kedai, dia letak meja kat luar n letak gelas yang ade air dan api tu..korang ingat tak)....kenkonon candle light dinner..makan nasik goreng pataya..dia bagi aku ros kenkadang untuk buat lawak romantik...bila aku tanye kenapa tetiba bagi bunga dia cakap sebab ingat kat u...muka u segar cam ros..baumu harum cam ros..senyum mu..tak apa tah...dalam hati aku guling-guling..kembang-kembang bila orang tengok aku pegang bunga..kenkonon pak we sangat la tu...tapi mamat tu tak tahu..bila sampai bilik..belum sampai bilik semua bunga tu dah masuk tong sampah...( da tak baik ko>.maafkan aku pakwe ku..ha.ha.(ketawe jahat)))...sampai roomate aku tanya kenapa aku tak simpan/tonggengkan bunga tu boleh buat bunga kering...bukan aku tak suka bunga..bukan aku nak zalimkan bunga ros tu..cuma aku rase aku tak patut simpan..sebab dia bukan-bukan ..bukan ..bukan bakallllllllllllllllll...

okey..bukan dia yang bermain dalam fikiran aku ..bukan dia juga yang mengusik kerinduan aku..bukan dia yang kenkadang membuat aku tersenyum sensorang...tapi bunga ros..sejak Disember last year..bunga ros sahaja yang bermain dalam fikiran aku..ros bunga indah..ros telah di pilih sebagai "BUNGA TEMA FLORIA" sedikit fakta menarik tentang ROS:-

FAKTA MENARIK
Perkataan rose berasal daripada perkataan Latin `rosa’
Saiz Bunga Ros di Malaysia tidak sama dengan di Eropah kerana perbezaan cuaca
Buah Bunga Ros dipanggil rose hip, yang berbentuk bulat, berwarna merah dan boleh dimakan
Bunga ini menjadi lambang kepada cinta dan kecantikan

SIMBOL WARNA BUNGA ROS
Merah – cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan
Kuning – kegembiraan, kebahagian, kebebasan dan persahabatan
Putih – penghormatan dan kesucian hati
Merah jambu – kesyukuran dan bergaya
Merah jambu pekat – terima kasih
Merah jambu cair – sedih, simpati dan persahabatan
Jingga – teruja dan Bangga
Biru – misteri, khayalan dan mengharapkan peluang baru
Gabungan merah dan putih – penyatuan
Gabungan merah dan kuning – setia, gembira

korang pernah terima warna apa??

pemilihan bunga ros berdasarkan simboliknya bunga ros yang dikaitkan dengan elemen cinta dan kasih sayang kepada tuhan, sesama manusia dan alam sekitar yang berkekalan untuk selamanya.

Tema acara pulak tahun ni "ROSES ARE FOREVER"..jeng..jeng..jeng..jeng.jeng (muzik cam cerite James Bond are forever..he.he..)

so..sejak dari disember fikiran aku penuh ngan gambaran apa kelainan nak di bawa ke Floria tahun ni..and for info..bunga ni teramat susah nak jaga (bagi yang tak tahu jaga la)..apa kelainan dan "wow factor" yang boleh menaikkan lagi Floria tahun ni.
aku tengah fikirkan..apa ya?? kalau korang ada idea tolong la bagi...

So pada kak Ros, rosni, rosmah, rosnah, rosliza, rosmawati, roslina, rostata (adeke nama rostata)..rosluna (ah luna maya)..kepada abang Roslan, Roslin, rosman, rostam, rosmin, dan lain-lain tahniah...sebab mesti bangga kan..nanti datang Floria ya..mesti glamour!!!

Okey..nanti jumpa di FLORIA ya...babai..

(NOTA:- abang nak bunga ros..dah lama tak dapat bunga..lindu!!)

Wednesday, April 6, 2011

TIP JADI SUPER MOM



The winner goes to....me..me..me..me..yeeh..yehhh..(aksi berguling...guling..yes..yes..yes..)..betul ke super mom??...tak pe la aku mengaku je la..memang super...subuh-subuh lagi aku dah bangun buat susu...selepas tetek peset dihisap baby..bila tak cukup dengan terpisat-pisat bangun buat susu..pastu..pastu buat sarapan...(tipu..mak teh buat..aku buat sabtu & ahad jer)...pastu aku gosok baju sekolah anak...walaupun dah banyak kali aku bebel suruh dia org gosok sendiri..tapi last-last aku yang gosok...pastu mandikan si kecil..mandikan abang...lepas bebudak gi sekolah aku mandi..n bersiap gi kerja..gi kerje drive sendiri..masuk pejabat..bebende dah tersusun atas meja..buat tu...buat ni...aku..aku bebalik aku...(nasib baik ade staf yang bantu..terime kasih korang)...petang aku akan curi mase untuk diri aku..gi swimming ke atau gi gym..atau gi jogging...sampai rumah..ajar anak-anak..semak homework....tidokan baby..tidokan daddy..(ahhaks)..kemas rumah...tido...tu belum cite hari sabtu ahad lagi..kekadang hari sabtu pun kene keje..cam ne tu..super ke aku..dulu aku selalu tak tido bila dua-dua kehidupan memerlukan aku..kerja dan keluarga..tetapi aku telah mendapat pedoman dan cara untuk aku pisahkan keduanya...:-

Tip melupakan masalah di pejabat dan di rumah...

sebelum balik kerja..tarik nafas dalam-dalam..tutup komputer dan niat dalam hati..." Ya Allah aku dah buat yang terbaik di tempat kerja hari ini..Kau lapangkan dada ku"..jalan..turun lif..(kalau tempat kerja korang ade lif la..) pastu tarik telinga kuat-kuat dan bayangkan semua kerja dan masalah kerja pejabat korang tinggalkan..aku kenkadang bayangkan kerja tu cair kat workstation aku dan ia tertinggal disitu...so sampai rumah semua masalah kerja akan dilupa..dan jangan sesekali bincangkan masalah kerja dengan anak-anak atau dengan hubby...nanti korang akan ingat balik maslah tu do!!

cam tu juga kalau nak gi tempat kerja..selalunya aku berdoa dalam kereta...selepas berdoa untuk Allah pelihara anak-anak aku dan keluarga aku..aku akan tarik hidung aku kuat-kuat ..(wah patut la hidung aku mancung..lol)..dan aku bayangkan dalam minda yang anak-anak aku gembira menghantar aku ke pejabat so korang akan lupa masalah anak-anak korang dan korang boleh jadi super staf di pejabat...

So korang cuba la tip ni nescaya korang akan jadi super mom..leh jadi semuanya super..mom..staf..friend..sister....seperman..spiderman..badman..dan segala-gala la super!!! selamat mencuba...

Tuesday, April 5, 2011

PUJI MEMUJI

Kembang kempes hidung kalau kene puji...bukan aku sahaja..semua orang okey..cam adik kat umah..kalau puji dia hencem mesti dia senyum...tapi bila cakap"adik muk (gemuk)" dia marah...cam tu la gak kite kan kalau kene puji mesti kembangkan,,terasa diri terbang...macam belon udara yang terbang pelan-pelan...aku suka sangat kene puji..lebih-lebih lagi kene puji dari orang yang tersayang...nak tanye korang ..korang selalu tak puji isteri/suami korang..kalau anak-anak kecil tu memang selalu kite puji kan..tapi ngan orang tersayang selalu tak kene puji..bila korang masak sesedap..ade tak cik abang cakap.." sedapnye masakan ayang, bertuah abang khawin ngan ayang"..atau..bila suami lepas bercukur ..korang cakap" wah wanginya, hensemnye abang ni"..pernah tak??? ce cite-ce cite..ce cite..

Tu la kan..kite kekadang terlupa..atau saje-saje buat lupa nak puji orang-orang keliling kite kan..bukan sahaja kawan-kawan..orang-orang yang paling dekat macam suami, isteri, anak-anak dan adik beradik pun jarang kite puji...yang selalu nye kite akan beritahu bila kite nampak kekurangan jer....kite selalu cakap.." ehh kenapa dah gemuk ni"".." kenape dah hitam ni".."abang busuk la".."kenepa nakal sangat ni".."sengal betul la dah berapa kali ajar pun tak faham-faham"..kita jarang berkata sebaliknya kan....

kite juga lupa nak puji diri sendiri...korang jangan la puji dedepan orang lak..kang orang kata korang riak lak...tapi puji bagi aku adalah satu sifat positive yang akan melahirkan atom positive dan akan membangkitkan satu perasaan yang menyenangkan..aku suka sangat!!..even Rasulullah SAW juga ada memuji dirinya sendiri..ini agar kita semua tahu kadar kedudukan Baginda SAW seperti sabdanya :

”Aku adalah sebaik-baik golongan kanan (yang beruntung mendapat nikmat syurga).”“Aku adalah sebaik-baik golongan yang lebih dahulu memasuki syurga.”“Aku adalah anak Adam yang paling bertaqwa dan mulia di sisi Allah, tidaklah aku bermegah-megah dengannya.”
(Imam Tabrani dan al-Baihaqi di dalam al-Dala’il)

Pada kesempatan yang lain, Baginda juga bersabda:

“Aku adalah manusia yang paling mulia di antara manusia-manusia yang terawal dan terakhir dan tidaklah aku bermegah-megah dengannya.”

tu la..bagi aku kite kene selalu memuji...pertama Allah ( berzikir selalu)..Rasullah (berselawat selalu)..diri sendiri( boleh la puji dalam hati..nanti akan bangkitkan mood positive..setkan password korang dengan kata puji-pujian untuk diri korang ..cam yang pernah aku cuba" idacantik, idacun, idaslim...puji anak dan suami korang agar dia orang hargai korang dan diri mereka...pastu puji juga rkan-rakan, staff, bos n mereka-mereka yang dekat dengan korang...walaupun dengan ucapan terima kasih..itu lebih baik dari tak cakap apa-apakan....

so mari la kite puji memuji...babai...

Monday, April 4, 2011

I received an email from my friend..it's about a joke of explanation...

1. Losing all your friends
Man comes home and finds his wife with his friend in bed.
He shoots his friend and kills him. Wife says "If you behave like this, you will lose ALL your friends."

2. Brother wanted
A small boy wrote to Santa Claus,"send me a brother"....
Santa wrote back, "SEND ME YOUR MOTHER"....

3. Meaning of WIFE
Husband asks, "Do you know the meaning of WIFE? It means 'Without Information Fighting Everytime'!"
Wife replies, "No, it means 'With Idiot For Ever'!!!"

4. Importance of a period
Teacher: "Do you know the importance of a period?"
Kid: "Yeah, once my sister said she has missed one, my mom fainted, dad got a heart attack & our driver ran away."

5. Confident vs. confidential
A young boy asks his Dad, "What is the difference between confident and confidential?" Dad says, "You are my son, I'm confident about that. Your friend over there, is also my son, that's confidential! "

6. Anger management? Husband: "When I get mad at you, you never fight back. How do you control your anger?"
Wife: "I clean the toilet."
Husband: "How does that help?"
Wife: "I use your toothbrush ."