To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, February 24, 2011

Sentiasa bersyukur

Tup-tap-tup-tap...dah masuk 2011, last up date blog Disember tahun lalu....syukur sangat hidup lagi aku sampai sekarang...kita patut bersyukur selalu...apa yang aku syukurkan :-
1. Aku bersyukur aku dilahirkan sebagai aku
2. Aku bersyukur aku dibesarkan di kampung dan kenal apa itu kesusahan dan kemiskinan
3. Aku bersyukur aku di didik oleh emak dan abah sehingga umurku 18 tahun dan didikan itu menjadikan aku hari ini
4. Aku bersyukur aku mempunyai 5 adik beradik yang masih menyokong dan menyayangi aku selama ini dan ikatan kekeluargaan kami masih utuh berkad dari didikan emak dan abah
5. Aku bersyukur aku diterima masuk Universiti walaupun aku tak tahu pun jurusan ape sebenarnya aku masuk dulu
6. Aku bersyukur aku dapat mengharungi alam universiti aku walaupun emak dan abah dah pergi masa tu
7. Aku bersyukur aku dapat habiskan pengajian walaupun aku hampir-hampir berhenti sebab nak jadi pramugari ..
8. Aku bersyukur aku diterima bekerja walaupun result final U pun lum keluar lagi masa tu
9. Aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang dan menerima aku seadanya
10. Aku bersyukur aku dikurniakan 4 cahayamata yang menjadi nadi aku sekarang ni
11. Aku bersyukur aku masih mempunyai kerja yang baik, ditempat yang baik, dikalangan orang, bos dan staff yang baik-baik
12. Aku bersyukur aku dikurniakan kesihatan yang baik selama ini
13. Aku bersyukur aku masih bernafas dan masih diberi ruang untuk memperbaiki diri aku ni
14. Aku bersyukur dikurniakan pembantu di rumah yang membantu menjaga anak aku sementara aku berkerja
15. Aku bersyukur aku dikurniakan jiran-jiran dan kawan-kawan yang baik-baik
16. Aku bersyukur aku diberi rumah untuk diduduki
17. Aku bersyukur selama aku kerja segalanya dipermudahkan
18. Aku bersyukur segala urusan aku dipermudahkan oleh Nya
19. Aku bersyukur hari ini dan tahun ini aku mampu menghirup, udara segar, menjamah makanan enak, melihat keindahan ciptaan tuhan, berjalan dibumi indah dan mendengar zikir pujian
20. dan aku amat bersyukur hari ini aku masih diberi peluang oleh Nya untuk bernafas dan meneruskan kehidupan, disayangi dan menyayangi anak-anak dan suami, dan aku amat berharap dan berdoa agar kenikmatan ini berpanjangan. Amin