To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Monday, October 4, 2010

MAAFKAN IBU ADIK...


Kekadang kita terlalai...kekadang kita teralpha...kekadang kita rasa kita sempurna...tapi tidak...aku ibu yang lalai...aku rasa berdosa..aku rasa bersalah...Ahad lalu satu kejadian yang tidak di ingini berlaku...selepas cuci bilik air ...aku buang botol clorox dalam tong sampah bilik...dalam hati aku akan buang lepas siap-siap mandi dan akan bawa turun selepas aku bersiap untuk ke open house...semasa bersiap..aku lihat Irsyad terkedek-kedek berlari dari bawah ke bilik aku...dalam hati mengomel...mane mak teh kenapa di biar adik naik ke atas ..aku kan baru mandi, sejak pagi tak menang tangan aku berkemas, memasak..maklumlah ada saudara yang nak singgah petang ni..so aku dari pagi memang dah macam lipas kudung buat itu dan ini....namun segalanya aku telan je...walaupun kekadang ia tersekat kat tekak...dalam aku bersiap adik main-main kotak losyen cam biasa...aku bising-bising aku ambil Yusmira losyen dari adik.." panas la dik losyen ni..nanti termakan adik yang nangis"..adik cam biasa..masih mengemas kotak tu...aku siap-siap make-up sekali aku toleh pada adik..Ya Allah adik jerit aku...dia dah masukkan botol clorox dalam mulut...walaupun kosong...aku dapat rase mulut adik panas dan dia menangis dengan kuat..aku berlari dukung adik ke bilik air...korek mulut dia..cuci dengan air, hati aku tak keruan...aku jerit panggil mak kak dan mak teh...adik muntah dua tiga kali...mak kak telefon 911..aku dah macam orang gila..dan adik masih menjerit .....aku bawa turun adik dan dia muntah kahak..dan kahak dia memang bau Clorox...aku capai tudung dan terus ke Klinik...doktor periksa adik dan dia minta aku monitor adik 6 jam dan puasa 3jam...di klinik abang sampai dari jemput nina dan asha tuision, ada riak marah dan kesal di muka nya..memang aku tahu aku salah..aku lalai...aku tak tahu bila adik selongkar tong sampah bilik...aku ibu yang tidak sempurna...aku amat kesal...kalau sesuatu yang buruk berlaku pada adik...adakah aku boleh memaafkan diri ini...adakah aku boleh di panggil ibu...adakah aku boleh lupakan semuanya...ini pengajaran pada aku...aku harap kejadian buruk tidak berlaku...maafkan ibu adik...

No comments: