To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, May 20, 2010

Penyakit manusia

Salam dapt email dari kenkawan, memang kekadang penyakit ni ada dalam diri aku...so bila kenkawan ingat-mengingati tu tersedar la sikit...

PENYAKIT MANUSIA
1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Itu penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika, kalau ada orang yang sakit, yang Dipikirkan adalah: Siapakah yang menyihirnya ? Selalu"siapa" Bukan"apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi kalau kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa ? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh," Adik itu yang salah", atau sebagainya.Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.

2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Anda pernah mengalaminya ? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong."Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini apa ?, wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh". Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.

3. TIDAK PUNYA GOAL / CITA-CITA
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya,lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan di penjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang di capai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebar, tetapi ha-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut. Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling merbahaya datang bersama dengan kemenangan yang besar". Itu saat yang paling merbahaya, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.

Wednesday, May 19, 2010

Ibu-Ibu Engkaulah Ratu Hatiku

Ibu-ibu engkau la ratu hatiku, bila ku berduuuuukaaaa engkau hiburkan selalu, nyanyian aku di depan irsyad, bila aku nyanyi lagu ni, memang dia cam telopong, last2 dia senyum...sempena hari ibu ni, irhas bagi aku biskut dua keping, yang dibungkus cantik dan ada tulis selamat hari ibu, itu hasil usaha cikgu-cikgu irhas kat sekolah...bila irhas bagi dia peluk aku, dan wish happy motherday, terharu sangat...mase dia peluk dan cium aku tu aku cakap " pandainya anak ibu, ni ape dia tulis ni, jawab Irhas, A,aa PI,W K T, A, A...happy motherday, jawab aku, pandainya anak ibu eja...sambil peluk dia...memang dia bangga sangat....nina dan asha wish juga aku dan berjanji akan dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan minggu ni...memang terharu sangat...
bila abang balik dari krusus, aku tanye dia, apa babah nak bagi ibu, motherday ni..jawab dia ibu babah hajah halimah...bestnya kalau ada hari untuk isterikan...biar isteri diberi rehat, pergi spa dan berurut, mesti best...
seingat aku, masa emak masih ada aku tak pernah nak wish dia selamat hari ibu, sebabnya dulu-dulu mana ada sambut hari ibu ni...tapi yang aku pasti setiap kali nak gi dan balik sekolah tangan emak aku cium, setiap malam jumaat aku baca yassin bersama, setiap kali raye kami bermaaf-maafan, walaupun emak garang tapi aku bersyukur sangat sebab didekkan emak aku rasa dalam kehidupan aku dapat rasakan ada satu garisan yang mengelilingi aku, agar aku sentiasa di dalam lingkungan itu, dan aku tak kan sesekali melangkaui garisan yang emak dah gariskan tu....walaupun emak dah tak de, tapi aku masih dapat rasekan yang perhatian emak masih memerhatikan aku...dulu masa belajar kat Itm aku selalu mimpi pada emak kalau aku dah dekat dengan garisan yang mak buat tu, dan rasa bersalah sangat, terutama bila tak sembahyang,.....sebab tu cara didikkan emak aku terapkan dalam mendidik anak-anak, aku harap kalau esok-lusa, kalau aku dah tak de..pesanan aku pada anak-anak akan diingati dan sentiasa menjadi panduan hidup oleh anak-anak aku....

Selamat hari Ibu...buat aku, dan ibu-ibu diluar sana, bangga la dengan diri anda dan anak-anak anda, percaya la anda adalah ratu di hati anak-anak anda...;)

Anak-anak emak, ucop, Aku, Kaklong, akak dan angah

Wednesday, May 12, 2010

Pesanan untuk anak remaja yang tergedik-gedik

Salam...pagi ni dapat cerita pasal anak-anak remaja sekarang yang sibuk nak berboyfriend-boyfriend, belajar lum habis dah nak berboyfriend..nak cite sikit jangan la terpedaya dengan cinta monyek dan beruk tak ke mana, berfikiran matang la..sabar dan fikir la untuk kebaikan diri...dulu aku pun pernah muda, pernah jadi remaja...dulu zaman sekolah, aku pernah juga minat kat abang-abang form five..dan ada gak kawan yang memang semua abang-abang form five atau from six tu tergila-gila kat dia ni, so zaman sekolah tu aku ni walaupun ramai peminat (Chewah) tapi memang tak melayan, sangat tomboy, dan hitam cam si tampok manggis sebab selalu sangat kat padang bersukan...that is not a point bebbb, the point is, jangan-jangan la zaman sekolah ni nak berboyfriend, tak tahu la yang boyfriend awak zaman sekolah tu jadi ape...lain la kalau dah masuk universiti dan sama-sama ke menara gading, atleast lepas belajar dapat la segulung ijazah...aku ingat lagi masa zaman sekolah emak sebat aku sebab mak ingat aku dah ade boyfriend, tapi sebenarnya aku tukang balas surat kawan-kawan yang sengal nak menulis, sebabnya aku rase aku la orang yang pandai berbicara dan berfalsampah kat surat-surat mereka tu, beside tulisan aku cantik(perasan lagi)...emak jerit kat aku " kalau ko tak jejak tangga Universiti jangan harap ko nak berboyfriend" itu aku ingat sampai sekarang, so masa zaman SPM aku pulun cam nak rak..bukan sebab nak dapat satu, sebab aku nak ada boyfriend, sebab kalau aku tak masuk U, aku akan jadi " andartu melampau, cam filem haliza misbun yang bakal di tayangkan tak lama lagi..(wah siap promote lagi)...satu lagi abang-abang form five yang aku tergila-gila dalam diam tu, sekarang ni jadi peneroka, ada yang dah meninggal sebab ada HIV hisap dadah,...pastu abang-abang yang agak hensome jagi gengster kat bandar Melaka..Ya Allah cam ne tu, abang-abang yang dulu aku tengok cam sengal-sengal, rambut belah tepi, selalu dengan buku je tu, dah ada kereta besar..dan bila tanya kahwin dengan pasangan satu universiti...,wah-wah-wah...cam aku gak kahwin ngan classmate, sekarang dah jadi Vonomate ( tilam cap vono ha--ha)....Okey la adik-adik ingat, keputusan di tangan adik-adik, kite je yang mencorak hidup kita, oleh itu berfikiran matang, dan buat keputusan dengan akal fikiran....tapi bila masuk U nanti jangan la jual mahal lak, nanti kene join kelab andartu terlampau lak..ha..ha..babai..

Monday, May 10, 2010

TIP BERSAMA AKKAK:- Tip untuk gigi putih


Salam..semalam gi watson kat Alamanda, ada jual product baru untuk putih kan gigi " pearl Drop" harga RM 55 ringgit...aku pegang..letak..pegang ..letak... memang nak beli kenkonon nak cantik kan gigi...niat nak pakai breces tahun ni cam dah terkubur je...tu yang cam nak beli...tapi bukan itu yang nak ku coretkan..nak bagi tahu tip untuk putih gigi..dedulu masa zaman belajar aku guna arang untuk bersihkan gigi...memang putih beb...satu lagi, masa kecik-kecik kalau gi mandi kat perigi (biasa la kat Chemomoi tu, 6 bulan setahun tak de air terutama masa hari raye medang nya tak de air)..oii ida nak bagi tip ke nak cerita pasal chemomoi di hati mu)... okey, mase pegi mandi kat perigi ngan mak terlupa lak nak bawa berus gigi, emak suruh ambil lalang...renyukkan lalang tu, dan gosok gigi ngan lalang tu..memang bersih, korang mesti cuba..tak yah keluar duit bebanyak...satu lagi, aku ingatkan jangan hisap rokok, dan minum kopi, mesti gigi tak bekarat, tapi aku memang hantu kopi so kalau nak minum kopi guna straw, dan kalau rokok tu cam ne ngek..kalau guna straw boleh ke..tip terakhir kalau nak gigi putih lagi, cabut je gigi2 original korang dan tukar ngan gigi palsu, pilih warna gigi palsu yang paling putih, dan kalau lepas makan bebenda yang kuning senang nak gosok, memalam boleh gendam gigi tu ngan clorok, pemutih baju tu..memang putih gila...Okey itu sahaja tip aku untuk hari ini...babai..