To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Tuesday, March 23, 2010

SELAMAT HARI LAHIR NURHAN IRSYAD


16 Mac 2010…Anak ibu dah setahun dah hari ini… rasenye baru je ibu lahirkan anak ibu ni… masih segar dalam ingatan ibu, bagaimana jantung ibu berdegup kencang bila contraction itu datang, kenape position nya tersenget…ada masalah kah???.. ibu tunggu lame dalam wad bersalin, dah semalaman ibu di sini masih menunggu kehadiran cahayamata ibu ni..kenape ya tak nak keluar-keluar… perut ibu dah mengeras-ngeras..tapi kenape tak nak turun-turun..dalam hati ibu, sayang keluarla..keluar la dengan selamat, … doctor yang selalu merawat ibu sepanjang ibu mengandung cuti pula minggu ini… ini doctor ganti pula, ibu tak biasa, nama dia Dr Fatimah, lembut orgnya…ehh kenape anak ibu mengeras-mengeras ni..tapi tak keluar-keluar…
Sayang… dah seharian ibu kat sini ..cepat la keluar…jam 3.00 ptg, dr Fatimah datang, tanya ibu..raba perut ibu keras sangat…kenape tak tekan loceng kalau sakit sangat..ni dah keras sangat dah, ha dah buka 4 cm ni, jom masuk labor room.. jantung ibu, berdegup kencang..ibu tatap mata babah..ada garis kerisauan di situ, memang ibu cam takut sangat..anak ibu, ini antara moment yang sangat di takuti oleh seorang ibu..antara hidup dan mati..tapi untuk melihat kelahiran anak ibu, ibu tabahkan hati dan berdoa agar semuanya selamat…
Di bilik bersalin, ibu masih menunggu dengan sabar, sesekali doctor rabe perut ibu, oleh kerana ibu dah lama sakit, doctor advise ibu ambil apidural, memang ibu tak pernah ambil ubat tu sebelum-sebelum ini, dan ibu dah niat tidak akan ambil…tapi..tapi..anak ibu dah lama mengeras di dalam perut ibu, ibu tanya babah.. babah cakap kalau doctor dah kata ambil, ambil la..akhirnya ibu decide ambil ubat tu, tapi dalam hati ibu masih ragu..tapi anak ibu, nurse dan doctor tu macam menjual direct selling dalam bilik tu…memang ibu akui, bila kite dalam keadaan sakit, keputusan kite buat hanya nak menutup mulut mereka-mereka semua, agar tidak menyanyi-nyanyi di teliga ibu…nasihat ibu, kalau nak buat keputusan jangan dalam keadaan yang stress..fikir dulu …. …akhirnya ibu terpaksa menahan sakit di cucuk ubat bius, sementara anak ibu dah nak keluar sangat melihat dunia….bila anak ibu keluar, sebelah kaki ibu kebas dan tak terasa sakit, dan sebelah lagi sakit sangat…ibu confuse semasa nak mengeluarkan anak ibu ni, sebelah kebas sebelah tak kebas, air mata ibu, babah tumpah juga…menahan sakit, dan dugaan yang perlu ibu lalui semasa melahirkan anak ibu ni…tapi sayang …sakit itu pergi jauh selepas ibu mendengar tangisan pertama anak ibu…saat yang ibu tunggu dan nanti-nantikan…ibu dan babah panjatkan rasa syukur yang amat sangat…ibu bersyukur dengan kehadiran anak ibu ni..ibu susukan , ibu kira jari tangan, kaki, ibu tatap hidung, (cam babah), ibu cium pipi anak ibu, comel…..Ibu beri nama NURHAN IRSYAD, …menasihat dan pemimpin..ibu harap anak ibu ni akan menjadi seorang pemimpin yang baik-baik…
Dan hari ini, anak ibu dah setahun, gedebot, comel, manja, sebelum ibu pergi kerja, ada garis sedih di muka anak ibu…sabar sayang ibu pergi tak lama, ini tuntutan kerja yang perlu ibu buat..tapi anak ibu tetap di hati ibu selalu…Selamat hari Lahir Sayang…ibu doakan anak ibu dipanjangkan usia, sihat, bijak, jadi anak yang soleh, petah berkata-kata dan menjadi manusia yang di sayangi, dicontohi dan menyayangi ibu dan babah dan sentiasa diberkahti. Amin.

No comments: