To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Friday, November 13, 2009

Siapa nak tolong aku??? sudi-sudikan la

Semalam…Badan terasa penat sangat…kepala pening ada tender yang perlu disiapkan…balik cepat…hujan turun dengan lebat…gelap, baru pukul 6 dah macam magrib…on the way back, aku buka tingkap kereta sikit, aircon aku tutup, memang aku suka bau hujan, bau itu segar, selain hujan aku suka bau orang mesin rumput, tak tahu kenape? Dalam perjalanan kepala aku masih teringat kerja di pejabat, kenape susah sangat ni , walaupun doa dipermudahkan untuk aku siapkan tender tu aku dah baca berulang-ulang kali…projek berjuta-juta, aku seorang yang memerah kepala buat, memang mencabar , tempat aku dah jadi tongkang pecah penuh contoh-contoh tender atas meja…ahhh. Tiba di traffic light depan7E, ada kereta spot depan aku, aku bermonolog dalam diri bila la aku nak dapat kereta ni…kereta tu nak buat pusingan U, masa aku tunggu dibelakang kereta tu, dalam fikiran aku mesti pemandunye macho, kang dia pusing mesti pas ni berdesup perginye. Tetiba lampu bertukar hijau, aku bersedia untuk jalan, tetiba aku break…engheleh, kereta tu tersangkut…terkial-kial pemandu nya yang tak kurang macho tu reverse …dalam hati ha..ha…mesti kereta pinjam…,
Sampai rumah, aku malas-malas je masuk dalam fikiran teringat semula tender aku yang tak siap tu…assalamualaikum, panggil aku, anak-anak belari mendapatkan aku…satu-satu anak-anak salam dan aku kucup kepala mereka, Cuma Irsyad sahaja yang tersangkut kat sofa tak dapat gerak dengan walkcar dia, dia nangis berjujurai air mata, aku ambil dia dan bagi susu badan…lepas tu semua kerja pejabat aku lupa, hanya bahagia mengisi hati ku di rumah…
Tapi pagi ini bila sampai office..perasaan berbuku di hati timbul kembali sebab masih stack dengan tender ni ..ahhhhhhhhh bencinya…siapa yang boleh tolong aku ni!!!!!

No comments: