To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, November 5, 2009

RINDU

Salam, 4 November 2009,6.00 petang, balik dari berkrusus di Melaka, dah tiga hari aku berkrusus. Memang berat hati nak tinggal anak-anak tapi demi tugas pergi juga la, lagi pun tahun ni aku tak cukup 7 hari berkrusus, so sebelum SKT aku kurang aku pergi juga la krusus ni. Ini yang pertama dan paling lama aku tinggal kan baby aku Irsyad...semalam aku sampai jam 5 minit lagi pukul 7.00 petang. Dalam bas memang terasa pelahan betul bas bergerak, selalunya bila pergi berasa lambat kerana orang tua-tua kata pokok-pokok beri salam, semalam masa nak balik terasa lambat sangat. Sampai rumah aku beri salam, hujan renyai masa tu, irsyad di dokong mak teh, bila nampak aku dia jatuhkan badan dia di dada aku, dari cahaya matanya aku nampak kesedihan dia, agak nya dalam hati mesti dia tertanya-tanya di mana ibu pergi dah tiga hari ni. Dia nak tanya mak teh tak tahu nak cakap, aku cuba tarik badan dan lihat muka irsyad, berat dan tak mahu tengok muka aku, ada rasa kesal aku tinggalkan dia , tapi nak buat macamana...maafkan ibu irsyad.

Irhas pun suka, senyum dan cium aku bertalu-talu, malam tadi dalam gelap aku borak ngan irhas, ...abang rindu ibu, tanya aku...rindu jawab irhas, abang nagis pelan-pelan katenya..."siapa pujuk abang"? tanya aku...babah ...tapi abang nangis pelan-pelan ...memang dia rindukan aku...

Nina dan asha sibuk tunjukkan keputusan periksa akhir tahun...alhamdullillah semuanya okey.

Sebagai ibu berkerja memang kekadang aku rasa bersalah pada anak-anak tapi nak buat macam mana...aku kene pujuk hati, ini antara pengorbanan yang aku perlu lalui...
malam tadi irsyad tidor dalam pelukan aku dan abang tidor sebelah aku atas katil sehingga babah angkat bawa dia ke bawah...nina dan asha juga tidor di dalam bilik aku...lewat malam masa aku bangun buat susu irsyad ( selalunya babah bangun, tapi malam tadi aku tak kejutkan babah, biar dia tidor) aku lihat anak-anak dan aku rasa bahagia , bahagia yang tidak dapat aku gambarkan, tiada galang ganti nya......

No comments: