To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, November 26, 2009

IRHAS YANG "BERTUAH"



Hari ini balik lambat sikit, ada Presentation dengan Tan Sri Khamis ni, so kene stay nak buat presentation material, alhamdullillah hampir siap, on the way back fikiran masih dipejabat, telefon berbunyi, dik sha telefon beritahu abang terjatuh, berdarah. Aku tekan minyak memecut balik…Sampai rumah ku beri salam,..aku nampak abang tengah memain kereta control dia, Nampak happy je terlari-lari…aku panggil abang, dalam hati masih ragu selagi aku tak tengok muka anak aku yang sorang ni, …
“Ya allah, kenapa hidung abang ni, tengok kan dah tak hendsome, dah la hidung tu kemik tengok dah macam ceplos je ni..aku membebel-bebel, ..macam mana abang boleh jatuh ni, hisss anak ibu ni memang la…cerita dengan ibu..”
Irhas dengan exited bacerita dengan aku ..” abang tak degar cakap kak cha, abang baling-baling bantal, cam ni, cam ni, ( sambil dia buat lakonan semula baling-baling bantal) …”pastu-pastu –pastu abang jatuh , kat sini-kat sini ibu, kene idung abang “…(dia beria-ria tunjuk muka jatuh atas bibir coffee table)…pastu-pastu abang nangis, kak cha cakap ….astarafillahhallazimmmmmmmm…dengan bersungguh-sungguh dia sebut “astarafillahhallazimmmmmmmm” yang membuatkan aku ketawa.
“tu la abang kan dah tak handsome anak ibu, meh-meh naik atas ikut ibu” sambil aku pinpin tangan irhas ke atas, aku gantung handbag dan angkat dia atas kerusi almari solek…”tengok ni kan tak handsome macam ceplos je”..irhas belek-belek muka dia…pusing kanan, pusing kiri, pastu dia senyum, “”tak-tak abang handsome lagi, hendsome sikit, handsome”…aku tersenyum melihat gelagat Irhas, memang tak boleh nak duduk diam, namapun anak lelaki. Walaupun dia selalu kene marah dan selalu menguji kemarahan aku, aku tahu hati dia sebenarnya lembut, kalau dah salah mesti dia paksa aku salam dia dan dia minta maaf walaupun lepas dua minit dia akan buat lagi. Cam tu la Irhas.

No comments: