To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Tuesday, November 10, 2009

11 November dalam kenangan

Salam..esok 11 November…antara tarikh-tarikh yang ingin ku padamkan dalam ingatan tapi ia masih segar dalam ingatanku…...
11 November 1993,…sudah dua minggu hatiku berlagu sendu, dan baru seminggu emak datang menjenguk aku di kolej anggerik UITM. Aku tertembung emak semasa nak keluar berjoging bersama sahabat karib kak Mas. Kata kak mas, “emak ida berseri-seri, tak sangka emak ida lawa sangat.”..aku peluk emak…lama sangat..memang ada rindu , ..memang sejak masuk UiTM aku jarang jumpa emak, selain sibuk belajar aku tidak betah lihat emak bekerja rumah makdak, dan berjauhan dengan abah. Dan hari ini, emak cakap emak nak balik chemomoi teman abah, sebelum balik emak jengok aku di ITM. Aku cakap dengan emak aku baru habis presentation pertama, maklumla baru part One, dan minggu ni study week dan minggu depan periksa. Emak pesan aku buat betul-betul dan dia juga pesan supaya aku jaga adik-adik. Sebelum balik emak peluk aku, dan tegur rambut aku dah panjang, memang aku simpan rambut panjang macam Ella masa kat ITM dulu, emak kata rambut aku cantik tapi aku lagi cantik pakai tudung, aku muncungkan mulut sebab dari tingkatan satu emak suruh aku pakai tudung tapi memang aku degil. Aku salam emak dan minta maaf, sebab dah nak periksa dan aku suruh emak doakan aku…betul kata kak mas, emak aku memang berseri-seri dan aku juga perasan ada kelainan pada emak.
Sepanjang study week, setiap malam aku baca yassin, dan tidur, aku bukan kaki study jadi aku cover tidor, biasa la budak design macam aku. Kak mimah cakap kalau baca yassin tak baca buku mana boleh lulus dan bising-bising ngan aku suruh baca buku. Aku tak tahu kenapa aku baca yassin, hati risau nak periksa atau aku rasa bersalah pada emak penangan cinta pertama yang mula mengetuk pintu hati ku. Memang rasa bersalah juga bila dah start bercinta seawal part one ni.
4.00 pagi aku cuba bangun malam untuk study, hati dirundung risau tapi aku tak tahu kenapa???, yassin menjadi peneman aku pagi tu..dan aku tertidor hingga subuh..tiada mimpi yang mengganggu aku malam itu.
Pagi 7.30 ..11 November 1993, pintu bilik diketuk bertalu-talu, Kak E masuk, aku yang mamai-mamai bangun’ dalam hati aku mimpi keapa, pelahan Kak E tanya nak ikut Kak E balik chemomoi, aku yang masih mamai geleng “ ida periksa hari ni, first paper”..kak e pandang mata aku dan cakap” emak ida dah tak de” ..aku diam terkedu dan nangis, aku bangun bersiap..memang berita itu sukar untuk aku telan….
Sampai di chemomoi, ..jiran-jiran dah ramai melawat emak untuk kali yang terakhir, masa aku sampai emak tengah dimandikan, aku di panggil cik Ani untuk memandikan emak, …bersih muka emak, dan wajahnya tersenyum. Kata akak emak meninggal semput (asma) sebab ketawa banyak sangat malam tadi. Macam tu la emak, sejak aku sekolah lagi emak memang selalu semput, tapi mungkin dah ajal, dan emak pergi di samping abah dan di rumahnya di Chemomoi…
Selepas kapan, kami adik beradik dipanggil untuk cium emak untuk kali yang terakhir ..aku cium emak, dan dalam hati “ida redha emak’ ada air mata di tepi mata emak, walaupun wajahnya seumpama tidor dalam senyum…
Sudah 16 tahun emak pergi, kenangan, pesan emak masih menjadi pegangan aku, walaupun emak telah lama pergi memang kenangan bersama emak sentiasa dalam hati aku. Aku lihat ada emak dalam aku bila mendidik anak-anak.
Al-fathihah untuk emak, kepada sesiapa yang baca coretan aku hari ini aku mohon sedekahkan Al-fathihah untuk emak aku ( Allahyarhamah che’ Nah Binti Mad Jelas)amin.

2 comments:

Anonymous said...

Abang(Bbh) doakan semoga roh arwah emak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Bbh berjanji akan memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak arwah emak dan cucu-cucu arwah emak yang comel-comel. Salam sayang yang berkekalan dari " menantu arwah emak" buat anak arwah emak dan cucu-cucu arwah emak. Babah sayang kalian.
Yang Benar
"menantu Che' Nah" no 3.

Anonymous said...

Semoga roh arwah mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Amin. Kepada "anak arwah mak" dan "cucu-cucu arwah mak", babah berjanji akan memberi sepenuh kasih sayang kepada keluarga kita. Salam sayang dari babah untuk semua.
Iklas dr menantu ketiga Che' Nah.