To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Friday, May 29, 2009

Selamat Hari Lahir Sayang

27 Mei 2009 hari lahir Nina dan Asha, aku dan abang hanya bagi dia orang ampau untuk dia orang beli apa yang dia orang mahu, belanja kat Johnny dan aku juga buat card kat dia orang. Yang bestnya lepas dia orang baca card tu dia orang nangis, dan tanya aku "kenapa card ibu tu shahdu sangat??? kalau Ibu nangis tak terima surat cam tu...dek cha tampal kat bilik dan setiap kali bace mesti air mata dek cha meleleh""... jawab aku, anak ibu kene simpan dan ingat dalam hati semua nasihat ibu, nanti kalau ibu tak de pun pesanan ibu je yang menjadi panduan dalam hidup ...... apa yang aku tulis seperti dibawah:-

Assalammualaikum….

Kehadapan anak Ibu yang ibu kasihi. Selamat hari lahir sayang. Hari ini usia anak ibu dah masuk 9 tahun. 9 tahun lepas ibu menangis menerima kehadiran kak nina dalam hidup ibu. Ibu menangis bukan ibu sedih tapi, ibu sangat gembira dengan kehadiran anak ibu dan perasaan takut pun ada, adakah ibu dapat bentuk anak ibu menjadi anak yang baik???. Selepas 9 tahun ni, ibu percaya yang anak ibu ni anak yang baik. Pesan ibu agar anak ibu sentiasa ingat pesanan ibu, jangan lupa sembahyang, hormati orang tua, sayang ibu, babah dan adik-adik selalu, belajar rajin-rajin dan jadilah anak yang baik dan dapat dicontohi bukan sahaja orang luar yang paling penting dapat dicontohi oleh adik-adik sebab anak ibu anak yang sulung.
Ibu sayang anak ibu dan ibu doakan anak ibu peroleh kejayaan di dalam hidup, panjang umur, dimurah rezeki dan gembira selalu. Aminyarabalalamin.....
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....
Dari IBU


Assalamualaikum...
Kehadapan anak ibu yang dikasihi. Selamat hari lahir sayang. Dah 7 tahun usia anak ibu hari ini. Ibu bangga dengan anak ibu ni, cantik dan manja. Walaupunbegitu, cantik dan manja tidak mencukupi kalau kita tak jaga tingkah laku kita dan tidak berusaha untuk menunjukkan sikap yang baik dan disenangi oleh keluarga dan kawan-kawan. Ibu percaya anak ibu ni, anak yang baik dan berusaha untuk menjadi anak yang baik dan disenangi oleh keluarga. Ibu sayang anak ibu ni, dan pesan ibu agar anak ibu sentiasa ingat pesanan ibu, jangan lupa sembahyang, hormati orang tua, sayang ibu, babah, kak nina dan adik-adik selalu, belajar rajin-rajin dan percaya pada diri sendiri yang anak ibu akan menjadi anak yang baik, dengar nasihat ibu dan sentiasa menjaga tingkah laku.
Ibu sayang anak ibu dan ibu doakan anak ibu peroleh kejayaan di dalam hidup, panjang umur, dimurah rezeki dan gembira selalu. Aminyarabalalamin.....
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....
DARI iBU