To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, April 9, 2009

Anakku Kuning (Jaundis)


Anakku Kuning.......hari ni dah masuk hari yang ke 21, tapi anak ku masih kuning...adakah ini atas kesilapan ku yang mengambil jamu di awal usianya seminggu....pengalaman dengan anak-anakku yang lain kuningnya sedikit selepas di jemur, selepas seminggu dah baik....

Tapi bila tiba Irsyad ni berpanjangan pula, hari yang ke 8, 9 dan ke 10 dah masuk wad, kami dibenarkan pulang bila bacaan darahnya 217, hari yang ke 18 aku dapat panggilan dari Klinik Putrajaya untuk datang follow-up check, dan pada hari tu bacaannya meningkat semula kepada 245, dan aku disuruh datang semula keesokkan harinya dan bacaannya menurun kepada 231, dan doktor bagi aku surat untuk refer balik ke Hospital....

Kesian Irsyad, dah lebih 10 kali ambil darah...setiap kali ambil darah dan mendengar jeritannya hati ku sayu....aku dan suami dah cuba bermacam iktiar, selepas balik dari Hospital, aku mandikan baby dengan ubat cina tiga hari berturut-turut, pastu aku minum susu kambing dan bagi dia minum air sengkuang cina. Selepas tu orang kata mandi kan ngan air dukung anak....aku cuba juga, tapi masih kuning.....dan hari ini dah tiga hari aku mandikan dia dengan air daun inai dengan harapan minggu depan bila jumpa pakar kat hospital Putrajaya bacaan darah dia normal.
Aku juga telah dapatkan air penawar dari Darul Shiffa(Pusat rawatan Harun Din) insyaAllah, anakku akan sembuh.

Tujuan aku ambil jamu bukan suka-suka, aku bermasalah buang air, kalau tak makan jamu memang la tak membuang la aku. Tapi aku hanya sempat ambil jamu 3 hari je...bila melihat dia kuning aku terus stop pengambilan jamu, dan sampai sekarang bila buang air, air mata ku juga terbuang. Tapi tak pe demi anak ibu, kesakitan itu ibu lupakan......insyaallah lepas habis pantang ibu akan makan jamu balik.
Ibu doakan anak ibu sembuh....semalam aku juga jumpa Dr Yusman, memang aku suka jumpa Dr ni....dia kate jangan risau...anak ibu kuat menyusu, dan aktif, cuma ada kuning sikit-sikit lagi....bagi banyak susu dan air, insyaallah tak de ape-ape. Kalau nak iktiar cara kampung pun tak pe, yang penting minta doa banyak-banyak kat tuhan, insyaallah.