To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, February 19, 2009

Ape yang kene buat?

Hujung minggu ni dah nak masuk 45 minggu...so tinggal beberape minggu je aku nak bersalin...antara persediaan yang aku kene buat:-
  • Basuh baju baby, lampin, bedung, alas tilam dan sebagainye...semuanye dah ade cuma nak cuci je...anak ke empat ni recycle je la...lepas ni baru boleh bagi kat sesiape...kat mak kak ke???
  • keduanye kene basuh barut emak dia juga...itu pun aku dah kumpulkan...cuma tinggal nak cuci je....barut jawe, tali dan sebagainye...tak tahu mane satu nak pakai???
  • Ke tiga...nak gi beli ubat bersalin...rasenye nak makan nyonya rogai je kut...dalm RM 300.00....(ni kene minta abang beli kan..he..he)
  • kene sediakan bakul baby...dan beg untuk bawa ke hospital, ...ni belum sedia lagi...nanti la..kejab je kan.......
  • baju-baju baby yang baru beli pun kene cuci gak....
  • lagi ape ngek...????
  • kene ingat kan diri aku pasal mandi Wiladah...

Ha ni yang terconfuse sikit...dari anak pertama hingga ke tiga aku buat mandi ni...tapi bila tanye kat kenkawan most of them tak buat...ade org cakap wajib...ade orang cakap tak wajib...dan ade yang cakap tak tahu...he..he..tapi aku cari gak la kat internet ..iaitu:-

Apakah maksud mandi Wiladah? Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas?
Jawapan :
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Tapi ade juga pendapat seperti di bawah:-

Tiada dalil mengenai mandi wiladah. Menurut fatwa Indonesia wiladah ialah wanita bersalin tanpa nifas dan Nifas ialah darah yg keluar sesudah kosongnya rahim wanita bersalin. Mandi disebabkan illat bersalin ini adalah satu pendapat yg masyhur dalam Syafi'iyah, antaranya dalam Kitab-kitab popular mereka yg berikut: Fathul Mu'ien, Kifayatul Akhyar dan alGhoyah wa taqreeb. Ini dinamakan mandi wajib kerana bersalin kemudian kena pula mandi kerana tamatnya Nifas (40 hari). Tidaklah kita berminat utk memanjangkan kenapa mereka berpendapat demikian. Hadith S.A.W hanya menyebut mandi sekali sahaja selepas keringnya darah nifas. Mengenai mandi dua kali (mandi nifas dan mandi wiladah) datang dari fatwa mufti brunei. Tiada dalil disertakan mengapa perlunya mandi 2 kali(dlm Irysad Hukum Edisi tahun 2000). Tetapi mandi yang asah di sisi Jumhur (majoriti) ulama ialah mandi Nifas sahaja. Jika bersalin tanpa darah atau bersalin secara Caesar tanpa ada darah, maka di sisi Hanbaliah dan fatwa2 semasa spt Lajnah Daimah KSA tidak wajib mandi sebab illat mandi ialah adanya Nifas (bila kering nifas, barulah mandi) Tujuan mandi adalah utk membersihkan diri dan membolehkan kita bersolat. Selepas mandi nifas, boleh bersolat spt yg disebut dlm hadith. Jadi, apa keperluan mandi wiladah? Tafsiran mandi wiladah dan nifas ini adalah khilaf pada tafsiran illat (sebab) mandi bagi wanita: samada kerana bersalin atau kerana darah Nifas.

So fikir la sendiri nak buat ke tak buat...tapi aku buat sebab tak memudaratkan dan rasenye tak terpesong kot dari akidah...itu pendapat aku la...memang mandi tu satu perkara yang baik ..membersih diri ..lagi-lagi lepas bersalin kan...dengan bau darah...badan lesu...alangkan balik kerja pun kite mandi ade niat..istijak dan sebagainye...ini kan pulak selepas bersalin...so aku mandi je ikut cam ne yang kene buat tu....