To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Friday, January 23, 2009

Pengalaman melahirkan anak ke 3 - baby boy


13 Oktober 2005, bersamaan 9 Ramadhan, ….”ayang kalau tak tahan buka puasa la” nasihat abang bila aku cuba menahan contraction yang datang secara tiba-tiba…’boleh tahan lagi, kalau buka puasa pun bukan lalu nak makan..nanti kalau keluar tanda baru buka puasa…..’ sambil aku kira berape kali contraction dah belaku….6 kali….ayang jom la gi hospital putrajaya”…”nak gi hospital putrajaya ke..hospital Al-zaharah”..tanye abang..Putrajaya la..murah sikit…sampai hospital…nurse seluk..akak baru buka 2 cm la..akak balik dulu nanti kalau ade tanda datang balik…akak duduk Putrajaya je kan…???

Aku …balik je cam orang bodoh….tapi yang bestnye contraction terus je hilang…tapi sebenarnya aku dah rase contraction tu seminggu lebih awal…tapi dalam sehari dia datang 2 -3 kali je…

15 Oktober 2005, 11.00 pagi…”eeeeeeee sakinye..contraction lagi la yang”..adu aku pada Abang…’ni dah semakin kerap ni…kang pergi Hospital dia suruh balik lak”…cuba call kak long…”kak long ida contraction kerap ni, cam ne ngek”..”cuba kira selang berape kali”.. 12.30…’kak long dah semakin kerap la…tak tahan dah ni….” “ pergi je la hospital..kalau doktor tanye kang jawab je dah ade tanda darah keluar kat umah" cadang kak long…
Tepat jam 1.00 tghari aku sampai hospital Putrajaya..bila nurse tanye aku dengan selambe jawab dah ade tanda..kene seluk dan aku di arah masuk wad…dari jam 1.30tghari sampai la pukul 6.00 petang aku menahan contraction yang datang semakin kerap..”bang.. baik abang balik dulu berbuka…cadang aku pada abang..sebab ibu nak tunggu lepas berbuka kang baru panggil doctor…tak nak la orang nak berbuka baru nak bersalin’ …’tak pe..abang balik sekejap, tapau lauk dan nasi…jap lagi, sebelum kul 7.00 kang abang datang balik’…selepas mencium dahi aku …abang balik meninggalkan aku yang masih menahan contraction.. …
6.45 ptg…mane abang ni tak sampai-sampai ni..dalam hati ”ya allah mintak-mintak anak aku keluar lepas maqrib atau lepas isyak ni”...doa ku dalam hati...”kak… akak boleh tahan ke..sakit kuat tak” tegur nurse pada aku…”tah akak pun tak tahu dah mane satu yang paling sakit..dah kerap sangat contraction ni…tapi akak nak tunggu suami akak dulu…
“ eh biar saya check dulu, nanti kejap lagi nak berbuka..kang akak sakit kuat masa berbuka kang lagi teruk…’tapiiiiiii…” nurse bawa ku ke bilik sebelah dan seluk..”eh akak dah dekat 9 cm ni…cepat…” aku terus di tolak di bilik bersalin…masuk ubat punggung…masuk air dan ubat…
7.35 malam aku dah bersedia di bilik bersalin..tapi yang tak best nye semua nurse tak de dan abang pun tak sampai lagi..”nurse..panggil aku…” nurse yang dengan tangan yang masih belum dicuci sebab tengah berbuka datang dan mohon untuk aku bertahan…aku menjerit dan memarahi nurse tu baru la aku dilayan…
‘abang datang sedang aku tengah berhempas pulas…alhamdullillah selepas setengah jam anak lelaki aku keluar dengan selamat…
NURHAN IRHAS…ku beri name dengan berat 3.2kg anak aku selamat dilahirkan…kenangan di Hospital putrajaya memang tak dapat aku lupakan…Cuma aku nak bagitahu JANGAN la bersalin di Hospital tu…nanti akan aku ceritekan…..

3 comments:

AMIERA said...

ek ek leh.........knpa x cite tros???

Ain Azhar @ Chenta said...

salam..
boleh tak akak ceritakan, kenapa JANGAN bersalin di Hospital Putrajaya tu.. saya ada bercadang nak bersalin di situ hujung tahun ni.. Apa pendapat akak?

Aku Yang Bahagia.... said...

hai ain...kalau nak jimat bajet boleh la bersalin di sana, cuma kalau hospital kerajaan tu, kerja-kerja menjahit anu kat bawah tu semua di buat oleh nurse yang muda belia, kawan-kawan akak ada yang kene jahit tersengit, kene buka balik dan ada lepas 2 minggu balik rumah baru perasan senget. kalau kat hospital swasta semua dibuat oleh dc pakar...termasuk bab-bab jahit ni...