To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Wednesday, December 3, 2008

Habit

Sejak isnin lalu Nina join 'learning english with fun' kat office. So maknenya dah tiga hari dia ikut aku ke office, breakfast dan aku hantar dia ke class. Dalam kerete mase on the way to office aku berpeluang berborak dan tanye dia macam-macam soalan...dari parking area aku berkesempatan bergandingan tangan menuju ke office....lepas breakfast aku hantar dia ke dewan sebelum urusetia sampai baru aku balik office.....
Dikesempatan ini aku dapat melihat dan kenal lebih dekat dengan anak aku ni....sebab selalunye babah dia yang hantar dia ke sekolah, balik dia jalan kaki dan aku tak de banyak peluang untuk bersama dia seorang, selalunya mesti berkeluarga dan nak cakap dari hati-ke hati tu tak berpeluang. So peluang ni aku ambil untuk aku nasihat dan tegur dia apa yang baik dan juga mendapat pandangan dia tentang aku, babah dan adik-adik dia.
So far dia positif, satu lagi aku ade tegur habit dia, satu yang aku suruh dia betulkan cara jalan dia yang menyenget, maksudnya tapak kaki ke dalam sedikit....dulu aku ingat lagi emak tegur aku sebab jalan macam tu...so emak ajar aku jalan atas bibir longkang so secara automatik kaki jadi lurus...emak juga pesan bila nampak garisan lurus, contohnya road marking, tile line...cuba jalan atas garisan tu...so kaki tak sengit...emak juga pesan jangan bongkok bila jalan...so cam tu gak aku ajar Nina dua tiga hari ni...memula dia macam tak nak dengar....tapi aku cakap jangan sampai ibu suruh nina jalan sambil ade buku atas kepala...dia ketawa..........
Satu lagi aku perasan dia ade habit babah dia...bila aku teman dia di dewan sambil dia buat latihan di dalam majalah asuh ...setiap kali dia selak dua tiga helai muka surat dia akan gosok hidung dia beberapa kali....sebijik macam babah dia...aku tanye dia kenepa gosok kenape tak tarik je hidung tu...kalau gosok nanti mungkin lame mungkin kemik la hidung tu...kalau tarik mungkin lame- mungkin mancung la hidung tu.......dia jawab gatal...kalau tarik tak best...tapi aku perasan semua anak aku ade habit ni sebab hidung dia orang memang ikut hidung babah dia...hehehe.......
Bagi aku habit boleh dibuang...cuma kite kene ajar anak-anak mane habit yang boleh di terima dan mane yang tak boleh di terima.....sebab itu aku rase mase di peringkat membesar ni kite mesti dekat dengan anak-anak agar sempat nak ajar...jangan bila dah terbiasa dan nak undur balik dah susah.........antara perkara yang aku tekankan kepada anak-anak:-
  • makan tutup mulut...nanti tak berbunyi...kalau buka nanti boleh kawan ngan monyet!
  • bangun mesti awal...sebelum kul 7.00 pagi kene awal walaupun hari cuti...so far anak aku memang awal bangun pagi....aku latih walaupun dia orang tidur lena, pagi aku akan kejut juga sampai bangun, dan sekarang anak-anak aku alhamdulillah tak yah nak kejut panggil name je dah bangun....
  • gosok gigi sebelum tidur........biasa la ni kan.
  • selalu cium anak-anak dan anak-anak biasakan cium kite...jadi dia tak malu dan bila dia buat silap dia akan datang juga untuk cium kite, sebab benda ni dah jadi rutin.
  • kemas sebelum keluar rumah, atau sebelum menyusu...secara tak langsung dia akan disiplin tak semak-semak.
  • jangan gigit kuku....ini habit anak aku asha...so far dia dah tinggalkan habit ni..sebab aku akan ketuk atau jentik jari dia.

No comments: