To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, May 22, 2008

Antara hari-hari yang membahgiakan....


Assalamualaikum.....

Semalam, Nina wakil sekolah untuk ICT Expo di PWTC, sampai dirumah terus ajak naik ke bilik...ibu tutup mata....dia pimpin tangan aku ke bilik dan.....sharahhhhhhh... sebuah beg lap-top yang saiznye lebih besar dari belakang anak sulung aku tu, buku-buku dan macam-macam hadiah di dalam nya...Nina menang tempat pertama di dalam game dan ujian yang dianjurkan. Alhamdullillah syukur.....Ibu doakan Nina akan terus bejaya bukan sahaja di dalam pelajaran tertapi didalam hidup ini. Amin........

Hari ini 22 Mei 2008, Ulang tahun pekahwinan ku yang ke 9, untuk abang selamat hari Ulang Tahun Perkahwinan. Semoga kebahgiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Masih segar lagi lafaz akad selepas tangan mu di gongcang oleh imam Kg Kelubi, sejurus itu lafaz takliq dibacakan dengan linangan air mata semua yang hadir mengalirkan air mata kegembiraan dan sedih yang bercampurbaur maklum emak dan abah dah takde untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Allhamdulillah abang masih memegang janji apa yang dilafazkan, tidak sekali mengenkarinya.

Abang 9 tahun bersama, kebahgian ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata, dengan kehadiran 3 cahaya mata cukup menggambarkan berapa bahgianya aku........terima kasih abang....luv you....










No comments: