To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Friday, November 30, 2007

RAMADHAN YANG INDAH


Ramadhan ini, membawa kenangan yang begitu manis buat aku dan abang. Walaupun perancangan pada mulanya hanya bicara kosong kami sebelum tidur, yang aku rase perancangan main-main. Sungguh, aku rasekan bagai mimpi bila impian untuk mengerjakan umrah menjadi kenyataan.

Pada awalnya, aku rase bagai tidak layak untuk menerima undangan Tuhan ke sane, ke rumah Nye…apetahlagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tapi allahamdullilah Dia permudahkan dan sampaila aku di sana. Permergian kami terus ke mekah, bukan sebagaimana program asal ke madinah dulu. Sampai ke sana jam 9.00 malam, dan semua rombongan telah miqad di dalam kapalterbang….pertama menjejakkan kaki di sana dan terpandang kadbah di depan mate, air mata tak dapat ku empang....tah dari mana datangnya air mate yang mencurah-curah....tak tahu air mate tu sebab terlampau gembira, atau perasaan aku rase amat kedil......pastinya datangnye aku di sini adalah dengan izinnya untuk aku menginsafi diri, memohon ampun dan berdoa juga beribadat semahunya...semoga amalanku dan suami diterima dan doaku di makbulkan.
Nina, Asha dan Irhas ku tinggalkan, tah kenape hati ku tak rase berbelah bagi untuk ku tinggal kan anak-anak. Memang kuat panggilan kaabah kali ini.

Pertama kali mengerjakan umrah kami dibawa oleh Mutawif, seorang indonesia berwajah jernih berkulit putih...pendiam....malam tu malam jumaat...jemaah melaut banyak nya......tak pernah ku sangka seramai ini jemaah dan semuanya dalam satu tujuan beribadat kepada ALLAh.....dalam pukul 3.30 pagi sempurna sudah ibadat umrah ku yang pertama.....pada esok dan hari-hari selanjutnya umrah ku laksanakan bersama suami tercinta. Pada hari yang ke tiga dapat ku niatkan untuk arwah emak, dan semasa itu kami miqad di Jaraknah. Besar pahalanya miqad di sini, menurut mutawir sama dengan pahal haji. Alhamdullillah sepanjang akau di mekah dapat ku tunaikan 8 kali umrah.

Seperti orang lain aku juga tidak terlepas di uji tuhan semasa di sana, dompet duit aku hilang dan semua dokumen penting hilang dan duit hilang di ambil penyeluk saku. Kejadian berlaku semasa hari pertama aku sampai di Mekah dan ini menyebabkan aku bertanya kenape aku???, wan dan rombangan aku yang lain menasihatkan aku redha dan berbanyak solat taubat. Selepas itu baru aku lega dan boleh beribadat seperti biasa. Bila aku pulang di malaysia dan berfikir lagi aku tersedar sebab sebelum aku berangkat aku telah diingatkan oleh sahabat yang baru pulang dari mekah yang mengingatkan aku agar berhati-hati sebab ramai peminta sedekah dan mereka selalu menyelok saku. Di dalam hati aku telah ade syak dan curiga, kepada peminta sedekah itu. Sebenarnya tuhan mencipta umatnya same, perasaan syak dan curiga itu adalah penyakit hati yang dibawa oleh Syaitan. Ini pengajaran kepada aku...........
Selain itu, aku pun ade salah faham bersama suami semasa kami menunaikan umrah pada hari yang ke lima.....sebabnya...........penyakit hati .......alhamdullillah selepas tawaf dan bersolat sunat suamiku mencium dahi ku dan aku mencium tangan nya. Airmata kami gugur .....dalam hati semoga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat. (maafkan ibu babah)
Jumaat 16 Ramadhan, 10.00 pagi aku telah bersiap dan berkemas untuk ke masjid untuk memnunaikan solat sunat, mengaji sambil menunggu sembahyang Jumaat. Paln kami hari ini kena awal kalau tidak sembanhyang ditangga macam minggu lepas. Alhamdulillah walaupun jemaah dah ramai yang sampai, tetapi ade juga ruang untuk kami berlima. Semasa menunggu waktu solat Jumaat ade dua orang arab yang bergaduh untuk dapatkan tempat duduk dan bertolakkan. Betullak, menurut mutawir antara doa Nabi yang tidak dimakbulkan tuhan di Masjid Khubak adalah untuk umatnya bersatu padu. Lihatlal, walaupun umat Islam tu ramai tetapi masih bercakaran. Dan selepas mereka bertangkar arab tu bagi lkami semua air dan mohon kami berwudhu. (Moralnya kalau u all marah cepat-cepat ambil wudhu, insyaallah tak jadi marah dan boleh maafkan)

Selepas Jumaat aku pergi tawaf widha...tawaf selamat tinggal...seperti datang nya aku disini, begitu juga lah semasa membuat tawaf ini, tah dari mana datangnya air mate tak dapat ku empang dan hati menangis sayu..bila tuhan mahu jemput aku disini lagi.....apakah dosaku dan segala doaku telah di ampunkan dan makbulkan....sekembalinya aku..adakah aku menunaikan janji-janjiku pada tuhan....insafkan aku...baikkah aku.....ada banyakkah masa ku lagi.......Allahualam....

Semoga aku dapat menunaikan umrah lagi atau haji...dan nasihatku.....sesiapa yang nak mengerjakan umrah atau haji...buatla semasa muda dan semasa badan sihat...kekadang ramai yang berkate belum sampai seru dan belum diizinkan tuhan...tetapi kita perlu berusaha dan berdoa dan sentiasa bersedia untuk ke sana....insyallah tuhan makbulkan. Bagaimana seru tu nak sampai dan keizinan itu nak di berikan kalau usaha dan doa itu tidak kita usahakan dan mohonkan.

Doaku dimurahkan rezeki, dan disihatkan badan agar dapat lagi ku disana. AMIN

No comments: