To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, September 13, 2007

FLORIA 2007

Hai...nak cite sikit pasal FLORIA 2007....memang penat sikit bulan lepas...tapi hati puas bila FLORIA melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang untuk acara yang pertama kali di anjurkan, kejayaannya memang luar jangkaan. terima kasih untuk semua yang terlibat. Aku sebagai setiausaha penuh Jawatankuasa Teknikal memang sibuk, dan semua benda kene ambil tahu....tapi allamdullillah ALLAH permudahkan. Insyaallah tahun 2009 nanti perancangan awal perlu dibuat agar persiapan rapi dan kelemahan-kelemahan terdahulu dapat dielakkan.


Gambar ni masa softlunching FLORIA di kelab tasik. Okey je cuma multimedia presentation je yang buat spoil...Event maneger memang pandai last minute baru la nak tunjuk tu pun bila PPJ dah bising-sing. Tapi itu biasa la kan...perkara-perkara yang dijangkakan akan berlaku....

KWP Garden....garden ni bebudak landskap yang design dan rialisasikan...tahniah kepada En Aziz, Jamal, zainudin dan kenkawan yang terlibat. Aku memang dari mula lagi dengan group ni tapi bila dah di lantik jadi setiausaha tu tak telarat nak follow, sebab banyak sangat benda nak kene buat at the same time. Anyway, TKSU memang bangga dengan taman ni.



Antara hiasan-hiasan Flora di dalam indoor tent.

PPJ Garden, ni satu lagi hasil kerja we all, tahniah la kat korang...dapat kalahkan meadow yang tah ape-ape tah. Tapi nak buat cam ne kan tak boleh nak control design orang, pastu cable dia org stainless steel, sampaikan design nak comment pun tak boleh. So jadi la design menyusun pasu bunga...tak de kreativiti langsung....sorry la ya...gambar meadow aku tak simpan......Tapi aku memang bangga ngan kawan-kawan aku yang buat PPJ garden ni.....




Salah satu cetusan idea dari florist yang mengambil bahagian di indoor tent.


Festival ni membuka mata dan hati ku, akan sifat-sifat manusia di keliling ku dan sifat-sifat diri ku sendiri. Tanggungjawab, sabar, berfikiran positif, rajin, jujur, amanah dan sebaginya. Tak semua orang senag untuk berurusan dan membantu tanpa mengharapkan balasan. Ini tanggungjawab setiap perkhidmat....Ade yang nak habuan tapi tak nak membantu, ade yang nak name tapi nak goyang kaki je, ade yang bersungguh dan rajin tanpa mengharap habuan dan tugasan yang dipikul adelah tanggungjawab yang diamanahkan. Aku berdoa semoga aku tak tergolong di kalangan org yang mementingkan diri dan berfikiran negetif. Ape-ape pun ambil yang positif buang yang negetif......Wasalam













No comments: