To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Thursday, September 13, 2007

Kak Rosni

Ni bergambar ngan kak rosni dalam bilik bos dia....lepas Floria ni , dapat banyak pokok untuk hiasan...dan yang paling menarik pokok bunga Orkid la...so we all ambil kesempatan bergambar dalam bilik bos kak rosni semasa kerja-kerja penyelenggaraan dibuat.

FLORIA 2007

Hai...nak cite sikit pasal FLORIA 2007....memang penat sikit bulan lepas...tapi hati puas bila FLORIA melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang untuk acara yang pertama kali di anjurkan, kejayaannya memang luar jangkaan. terima kasih untuk semua yang terlibat. Aku sebagai setiausaha penuh Jawatankuasa Teknikal memang sibuk, dan semua benda kene ambil tahu....tapi allamdullillah ALLAH permudahkan. Insyaallah tahun 2009 nanti perancangan awal perlu dibuat agar persiapan rapi dan kelemahan-kelemahan terdahulu dapat dielakkan.


Gambar ni masa softlunching FLORIA di kelab tasik. Okey je cuma multimedia presentation je yang buat spoil...Event maneger memang pandai last minute baru la nak tunjuk tu pun bila PPJ dah bising-sing. Tapi itu biasa la kan...perkara-perkara yang dijangkakan akan berlaku....

KWP Garden....garden ni bebudak landskap yang design dan rialisasikan...tahniah kepada En Aziz, Jamal, zainudin dan kenkawan yang terlibat. Aku memang dari mula lagi dengan group ni tapi bila dah di lantik jadi setiausaha tu tak telarat nak follow, sebab banyak sangat benda nak kene buat at the same time. Anyway, TKSU memang bangga dengan taman ni.



Antara hiasan-hiasan Flora di dalam indoor tent.

PPJ Garden, ni satu lagi hasil kerja we all, tahniah la kat korang...dapat kalahkan meadow yang tah ape-ape tah. Tapi nak buat cam ne kan tak boleh nak control design orang, pastu cable dia org stainless steel, sampaikan design nak comment pun tak boleh. So jadi la design menyusun pasu bunga...tak de kreativiti langsung....sorry la ya...gambar meadow aku tak simpan......Tapi aku memang bangga ngan kawan-kawan aku yang buat PPJ garden ni.....




Salah satu cetusan idea dari florist yang mengambil bahagian di indoor tent.


Festival ni membuka mata dan hati ku, akan sifat-sifat manusia di keliling ku dan sifat-sifat diri ku sendiri. Tanggungjawab, sabar, berfikiran positif, rajin, jujur, amanah dan sebaginya. Tak semua orang senag untuk berurusan dan membantu tanpa mengharapkan balasan. Ini tanggungjawab setiap perkhidmat....Ade yang nak habuan tapi tak nak membantu, ade yang nak name tapi nak goyang kaki je, ade yang bersungguh dan rajin tanpa mengharap habuan dan tugasan yang dipikul adelah tanggungjawab yang diamanahkan. Aku berdoa semoga aku tak tergolong di kalangan org yang mementingkan diri dan berfikiran negetif. Ape-ape pun ambil yang positif buang yang negetif......Wasalam













Saturday, September 1, 2007

YEH ......TINGGAL SATU HARI LAGI......

Malam semakin sepi, tapi tah kenape mate tak dapat lelap...di luar hujan rintik membasah bumi....pastinya menjanjikan kesegaran bunga di tapak Floria......walaupun sudah lapan hari berlangsung dan penat lelah aku bakal ketemu titik noktahnya beberapa hari lagi..(itu pun belum tentu)....event ini membenihkan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Nanti akan ku titipkan buat kalian di coretan akan datang......


1 september 2007, Majlis penghargaan Floria bersama Dato' Zul Hasnan dan Tan Sri Presiden.....kakiku lenguh berdiri dan tersenyum menyambut tetamu-tetamu. Moodku baik dari pagi, excited menanti majlis penghargaan ini...berdasarkan ucapan Tan Sri dan Dato' Zul memang event ini berjaya......tapi masih banyak yang perlu diperbaiki...selaku setiausaha Jawatankuasa Teknikal, dan penglibatan aku dari awal....banyak yang aku rasekan perlu diperbaiki dan memerlukan penglibatan semua. Alangkah baik semua orang menjalankan tangungjawab masing-masing dan tak berkira soal kerja. Tah la....orang kate rambut sama hitam hati lain-lain.....ade yang suka ke depan tapi tak bekerja...ade yang suka bercakap tapi tak serupa bikin...ade yang tak serupa bikin tapi berkira...ade yang nak habuan tapi tak nak menolong...ade yang tak berkira, hardworking, berusaha tapi tak berhasil, ...ade yang berpolitik dengan harapan dapat name dan habuan .......tapi aku......yang pasti aku telah cuba memberi yang terbaik dengan ape yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku......


Disini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada tulang belakang Floria yang telah bersama-sama membantu di dalam menjayakan acara yang pertama kali diadakan diPutrajaya ini.....kepada Tn Hj, En Aziz , kak Linda, Asmah, Suhana, Suriati, Jamal, Zainudin, Faizal, Pn Noriah dan lain-lain staff J(L), tak lupa pada staff J(P), J(B) dan J(K) yang banyak membimbing, membantu, menegur, dan berkongsi tanggungjawab. Thanks You Very Much.....hanya tuhan yang dapat mambalas.