To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Wednesday, August 22, 2007

Hari Malang 16 OGOS 2007


Nak cite sikit kat korang...hari malang 16 Ogos 2007...selalunye aku bace dalam surat khabar dan dengar dari jiran-jiran arwah emak yang kene tipu cam ne.Tapi kali ni kene kat batang idung aku.........Kejadian adalah seperti dibawah sebagaimana yang aku laporkan di dalam tribunal pengguna...............:-

Kejadian berlaku pada hari Khamis, 16 Ogos 2007 pada jam 2.30 petang. Saya di datangi oleh seorang perempuan cina yang memohon saya untuk membantu mengoyakkan 2 keping kertas untuk membantu beliau mendapatkan komisyen. Pada awalnya saya menolak tetapi dia memaklumkan kertas tersebut perlu dikoyakkan untuk dia mendapat komisyen dan biasanya kertas tersebut kosong dan beliau menunjukkan kepada saya contoh kertas tersebut. Setelah membantu mengoyakkan kertas tersebut saya dimaklumkan telah memenangi beberapa barangan. Saya tidak bersetuju dan memaklumkan tidak akan membuat apa-apa bayaran. Beliau memaklumkan yang saya akan digunakan untuk tujuan promosi diakbar sahaja dan tiada pembayaran akan dibuat.

Saya dipohon untuk mengikut beliau ke pejabat untuk mendapatkan hadiah dan mengambil gambar. Selepas saya pergi ke syarikat berkenaan saya di hasut untuk memenagi hadiah yang lebih besar dan syarikat mengarahkan saya untuk membayar wang sabanyak RM 3,998. Syarikat menghasut untuk saya membayar dan menandatangani resit penerimaan, dan memberi saya kertas berkunci untuk dibuka. Saya tersedar ditipu setelah membuka kunci berkenaan dan didapati hadiah yang ingin diberi adalah barang-barang yang tidak saya perlukan.

Saya mengingatkan syarikat tujuan asal adalah ingin menggunakan saya untuk promosi bukan untuk menerima hadiah yang tidak saya perlukan. Syarikat mengambil kesempatan di atas kecuaian dan cuba menghasut saya untuk memenagi hadiah lain. Saya memaklumkan hadiah-hadiah tersebut tidak saya perlukan dan syarikat cuba untuk memberi hadiah-hadiah lain yang tidak saya perlukan. Saya telah menghubungi suami saya dan dia telah berunding dan memaklumkan syarikat yang saya akan membuat aduan ke balai polis dan syarikat bersetuju untuk memulangkan duit saya, walaubagaimanapun syarikat tetap ingin saya membayar RM 500 untuk slimming belt. Setelah pulang ke rumah saya tetap rase di tipu kerana slimming belt tersebut bila di semak jenamanya adalah Slimming Belt SB 60229, di mana harga yang di bayar RM 500 adalah tidak berbaloi dan saya tidak memerlukannya. Saya tetap rase ditipu di mana pada awalnya saya dimaklumkan tidak perlu membayar sebarang bayaran.

Sehubungan itu, saya ingin menuntut bayaran sebanyak RM500 dan ganti rugi masa dan tenaga yang dihabiskan mendengar penjelasan dan penerangan dari pukul 2.30 petang hingga pukul 5.00 petang. Suami saya juga terpaksa bergegas dari Bandar Baru Nilai ke Kajang bila saya hubungi beliau saya telah ditipu.

Cam tu la ceritenye akkak di tipu...melayang la RM500 ........aku ni lembut hati sangat...tengok budak tu cakap dia lummakandan nak dapat komisyen je...aku pun tolong la dengan hati terbuka.....aku dah buat aduan kat Tribunal pengguna dan cina tu sibuk la nak merayu-rayu. Abang cakap jangan nak layan kalau dia nak pulangkan minta dia pulangkan kat balai polis berdekatan. EEEEEEE geram sebenarnya...pertama kenape aku mudah sangat la terpengaruh...agaknya cina tu ade mandram kut.......


Ohh aku sertakan gambar cina tu...so kalau korang terjumpa cina tu ...jangan la jadi cam aku ...k....mohon ALLAH Perlihara kite semua dari kejahatan...amin


Ni la budak yang menghasut aku tu.........kenape aku leh percaye kat minah tak lepas sekolah ni...





Ni lak budak yang kunci aku kat dalam Office dia dan menghasut aku macam-macam...dia tutup mulut sebab gigi dia gongak.

No comments: