To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Wednesday, August 22, 2007

Hari Malang 16 OGOS 2007


Nak cite sikit kat korang...hari malang 16 Ogos 2007...selalunye aku bace dalam surat khabar dan dengar dari jiran-jiran arwah emak yang kene tipu cam ne.Tapi kali ni kene kat batang idung aku.........Kejadian adalah seperti dibawah sebagaimana yang aku laporkan di dalam tribunal pengguna...............:-

Kejadian berlaku pada hari Khamis, 16 Ogos 2007 pada jam 2.30 petang. Saya di datangi oleh seorang perempuan cina yang memohon saya untuk membantu mengoyakkan 2 keping kertas untuk membantu beliau mendapatkan komisyen. Pada awalnya saya menolak tetapi dia memaklumkan kertas tersebut perlu dikoyakkan untuk dia mendapat komisyen dan biasanya kertas tersebut kosong dan beliau menunjukkan kepada saya contoh kertas tersebut. Setelah membantu mengoyakkan kertas tersebut saya dimaklumkan telah memenangi beberapa barangan. Saya tidak bersetuju dan memaklumkan tidak akan membuat apa-apa bayaran. Beliau memaklumkan yang saya akan digunakan untuk tujuan promosi diakbar sahaja dan tiada pembayaran akan dibuat.

Saya dipohon untuk mengikut beliau ke pejabat untuk mendapatkan hadiah dan mengambil gambar. Selepas saya pergi ke syarikat berkenaan saya di hasut untuk memenagi hadiah yang lebih besar dan syarikat mengarahkan saya untuk membayar wang sabanyak RM 3,998. Syarikat menghasut untuk saya membayar dan menandatangani resit penerimaan, dan memberi saya kertas berkunci untuk dibuka. Saya tersedar ditipu setelah membuka kunci berkenaan dan didapati hadiah yang ingin diberi adalah barang-barang yang tidak saya perlukan.

Saya mengingatkan syarikat tujuan asal adalah ingin menggunakan saya untuk promosi bukan untuk menerima hadiah yang tidak saya perlukan. Syarikat mengambil kesempatan di atas kecuaian dan cuba menghasut saya untuk memenagi hadiah lain. Saya memaklumkan hadiah-hadiah tersebut tidak saya perlukan dan syarikat cuba untuk memberi hadiah-hadiah lain yang tidak saya perlukan. Saya telah menghubungi suami saya dan dia telah berunding dan memaklumkan syarikat yang saya akan membuat aduan ke balai polis dan syarikat bersetuju untuk memulangkan duit saya, walaubagaimanapun syarikat tetap ingin saya membayar RM 500 untuk slimming belt. Setelah pulang ke rumah saya tetap rase di tipu kerana slimming belt tersebut bila di semak jenamanya adalah Slimming Belt SB 60229, di mana harga yang di bayar RM 500 adalah tidak berbaloi dan saya tidak memerlukannya. Saya tetap rase ditipu di mana pada awalnya saya dimaklumkan tidak perlu membayar sebarang bayaran.

Sehubungan itu, saya ingin menuntut bayaran sebanyak RM500 dan ganti rugi masa dan tenaga yang dihabiskan mendengar penjelasan dan penerangan dari pukul 2.30 petang hingga pukul 5.00 petang. Suami saya juga terpaksa bergegas dari Bandar Baru Nilai ke Kajang bila saya hubungi beliau saya telah ditipu.

Cam tu la ceritenye akkak di tipu...melayang la RM500 ........aku ni lembut hati sangat...tengok budak tu cakap dia lummakandan nak dapat komisyen je...aku pun tolong la dengan hati terbuka.....aku dah buat aduan kat Tribunal pengguna dan cina tu sibuk la nak merayu-rayu. Abang cakap jangan nak layan kalau dia nak pulangkan minta dia pulangkan kat balai polis berdekatan. EEEEEEE geram sebenarnya...pertama kenape aku mudah sangat la terpengaruh...agaknya cina tu ade mandram kut.......


Ohh aku sertakan gambar cina tu...so kalau korang terjumpa cina tu ...jangan la jadi cam aku ...k....mohon ALLAH Perlihara kite semua dari kejahatan...amin


Ni la budak yang menghasut aku tu.........kenape aku leh percaye kat minah tak lepas sekolah ni...





Ni lak budak yang kunci aku kat dalam Office dia dan menghasut aku macam-macam...dia tutup mulut sebab gigi dia gongak.

Monday, August 20, 2007

Hai....

Hai ni gambar Asha anak ibu yang ni memang kuat melaram. Kalau dalam bilik tu memang tak de siapa yang berani usik alat make-up ibu. Ni la budaknya....
Ni Lak gambar my hero. My Spiderman, sekarang dah pandai cakap dan kuat menjerit kalau orang usik barang dia. (HEEEEEEE Idung cam baba, tapi handsome gak)

Puteri-puteri di hati ibu. Kak ina baru je habis exam, so minggu ni biar dia rehat dulu. tapi anak aku yang ni memang rajin sikit. Hope dia jadi sumber inpirasi adik-adik dia.





Same tak muka ngan Ibu?





I Love you all ummmmmmmmahhhhhhhhh.......




Tuesday, August 14, 2007

GAMBAR NURASHA IRDINA







Hari ni komputer aku dah ditukar baru...terima kasih la ngek kat orang I.T PPj...setelah sekian lame baru la dapat tukar P.C baru.....tengah clean file....terjumpa lak gambar Asha......
Asha umur 6 bulan....ibu doakan anak ibu menjadi anak yang soleh ...Amin...Ibu sayang adik walaupun kekadang ibu termarah adik, sebab adik selalu usik adik Irhas...kan ibu pesan kalau adik selalu usik adik irhas nanti bila irhas besar dia lak usik adik....Yang pasti ibu bangga dengan anak-anak ibu. Ibu sayang adik. LUV U







Friday, August 10, 2007

Lame tak up-date

Hai...tup..tap..tup tap dah masuk bulan Ogos, kejap je dah nak masukhujung tahun. Bila dah tiba bulan ni memang aku buzy je memanjang..pas tu ade very big event to be hendle....anyway..memang best bila sibuk-sibuk ni...sebab bila takk sibuk aku rase nak gi keje memang tak semangat....kalau sibuk ade gak maknenye pegi bekerja tu...

Last week Festival Filem...you all tengok tak???/....nak bagi pendapat la sikit kat sini...kalau you all perasan, ade la seorg artis tu kan...(eeee macam paparazi lak aku ni) tapi tak kisah la nak kongsi gak pandangan aku ngan korang...baru-baru ni sakit teruk tak silap aku breast cencer....dan dia dah pun habis buat pembedahan dan sekarang tengah buat rawatan susulan la kut...memang in the first place aku memang simpati abis kat nenek ni...tapi bila tengok dia kat Festival filem tempoh hari (kat TV la ngek, kalau harap aku gi kat situ semate-mate nak tengok artis kat kapet merah sorry la ngek)...sambung balik....tengok nenek tu dah botak...ambil award pun dah gigil-gigil dah pun...tapi yang aku kesalkan walaupun keadaan dia cam tu...nak gak teruskan perjuangan seni la konon....rambut dah gugur tapi muka, hidung, bibir nampak macam cucuk je...yang tu tak pe la ...mungkin cucuk sebelum pembedahan cencer dia...tapi aku harap dia sedar tuhan beri dia peluang untuk dia bertaubat dan menginsafi diri dia...peluang untuk bertaubat masih ade...dan aku rase dengan penyakit dia tu...tuhan beri dia peluang untuk bertaubat....bukan gagah untuk meneruskan perjuang seni...dddan tunjuk satu Malaysia kesakitan dia dan suruh org mendoakan dia..dan berkate ..."kak y.... akan menang JIHAT ni" maaf la ya...selepas Festival filem hari tu hati aku memang tak simpati kat dia..tapi doa aku moga dia sedar peluang yang diberi....Doakan la dia....PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA....WASSALAM....