To my dear hubby...my most meticulous critic, my best friend and the father of my children...to my love..Nina, AsHa, IrHas & IrSyaD for making every moment exciting and for giving my life meaning and purpose...This blog is about me, you and you all...luv you always....I proud being a MoM and a Wife...

Friday, November 30, 2007

RAMADHAN YANG INDAH


Ramadhan ini, membawa kenangan yang begitu manis buat aku dan abang. Walaupun perancangan pada mulanya hanya bicara kosong kami sebelum tidur, yang aku rase perancangan main-main. Sungguh, aku rasekan bagai mimpi bila impian untuk mengerjakan umrah menjadi kenyataan.

Pada awalnya, aku rase bagai tidak layak untuk menerima undangan Tuhan ke sane, ke rumah Nye…apetahlagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tapi allahamdullilah Dia permudahkan dan sampaila aku di sana. Permergian kami terus ke mekah, bukan sebagaimana program asal ke madinah dulu. Sampai ke sana jam 9.00 malam, dan semua rombongan telah miqad di dalam kapalterbang….pertama menjejakkan kaki di sana dan terpandang kadbah di depan mate, air mata tak dapat ku empang....tah dari mana datangnya air mate yang mencurah-curah....tak tahu air mate tu sebab terlampau gembira, atau perasaan aku rase amat kedil......pastinya datangnye aku di sini adalah dengan izinnya untuk aku menginsafi diri, memohon ampun dan berdoa juga beribadat semahunya...semoga amalanku dan suami diterima dan doaku di makbulkan.
Nina, Asha dan Irhas ku tinggalkan, tah kenape hati ku tak rase berbelah bagi untuk ku tinggal kan anak-anak. Memang kuat panggilan kaabah kali ini.

Pertama kali mengerjakan umrah kami dibawa oleh Mutawif, seorang indonesia berwajah jernih berkulit putih...pendiam....malam tu malam jumaat...jemaah melaut banyak nya......tak pernah ku sangka seramai ini jemaah dan semuanya dalam satu tujuan beribadat kepada ALLAh.....dalam pukul 3.30 pagi sempurna sudah ibadat umrah ku yang pertama.....pada esok dan hari-hari selanjutnya umrah ku laksanakan bersama suami tercinta. Pada hari yang ke tiga dapat ku niatkan untuk arwah emak, dan semasa itu kami miqad di Jaraknah. Besar pahalanya miqad di sini, menurut mutawir sama dengan pahal haji. Alhamdullillah sepanjang akau di mekah dapat ku tunaikan 8 kali umrah.

Seperti orang lain aku juga tidak terlepas di uji tuhan semasa di sana, dompet duit aku hilang dan semua dokumen penting hilang dan duit hilang di ambil penyeluk saku. Kejadian berlaku semasa hari pertama aku sampai di Mekah dan ini menyebabkan aku bertanya kenape aku???, wan dan rombangan aku yang lain menasihatkan aku redha dan berbanyak solat taubat. Selepas itu baru aku lega dan boleh beribadat seperti biasa. Bila aku pulang di malaysia dan berfikir lagi aku tersedar sebab sebelum aku berangkat aku telah diingatkan oleh sahabat yang baru pulang dari mekah yang mengingatkan aku agar berhati-hati sebab ramai peminta sedekah dan mereka selalu menyelok saku. Di dalam hati aku telah ade syak dan curiga, kepada peminta sedekah itu. Sebenarnya tuhan mencipta umatnya same, perasaan syak dan curiga itu adalah penyakit hati yang dibawa oleh Syaitan. Ini pengajaran kepada aku...........
Selain itu, aku pun ade salah faham bersama suami semasa kami menunaikan umrah pada hari yang ke lima.....sebabnya...........penyakit hati .......alhamdullillah selepas tawaf dan bersolat sunat suamiku mencium dahi ku dan aku mencium tangan nya. Airmata kami gugur .....dalam hati semoga jodoh ini berkekalan hingga ke akhir hayat. (maafkan ibu babah)
Jumaat 16 Ramadhan, 10.00 pagi aku telah bersiap dan berkemas untuk ke masjid untuk memnunaikan solat sunat, mengaji sambil menunggu sembahyang Jumaat. Paln kami hari ini kena awal kalau tidak sembanhyang ditangga macam minggu lepas. Alhamdulillah walaupun jemaah dah ramai yang sampai, tetapi ade juga ruang untuk kami berlima. Semasa menunggu waktu solat Jumaat ade dua orang arab yang bergaduh untuk dapatkan tempat duduk dan bertolakkan. Betullak, menurut mutawir antara doa Nabi yang tidak dimakbulkan tuhan di Masjid Khubak adalah untuk umatnya bersatu padu. Lihatlal, walaupun umat Islam tu ramai tetapi masih bercakaran. Dan selepas mereka bertangkar arab tu bagi lkami semua air dan mohon kami berwudhu. (Moralnya kalau u all marah cepat-cepat ambil wudhu, insyaallah tak jadi marah dan boleh maafkan)

Selepas Jumaat aku pergi tawaf widha...tawaf selamat tinggal...seperti datang nya aku disini, begitu juga lah semasa membuat tawaf ini, tah dari mana datangnya air mate tak dapat ku empang dan hati menangis sayu..bila tuhan mahu jemput aku disini lagi.....apakah dosaku dan segala doaku telah di ampunkan dan makbulkan....sekembalinya aku..adakah aku menunaikan janji-janjiku pada tuhan....insafkan aku...baikkah aku.....ada banyakkah masa ku lagi.......Allahualam....

Semoga aku dapat menunaikan umrah lagi atau haji...dan nasihatku.....sesiapa yang nak mengerjakan umrah atau haji...buatla semasa muda dan semasa badan sihat...kekadang ramai yang berkate belum sampai seru dan belum diizinkan tuhan...tetapi kita perlu berusaha dan berdoa dan sentiasa bersedia untuk ke sana....insyallah tuhan makbulkan. Bagaimana seru tu nak sampai dan keizinan itu nak di berikan kalau usaha dan doa itu tidak kita usahakan dan mohonkan.

Doaku dimurahkan rezeki, dan disihatkan badan agar dapat lagi ku disana. AMIN

Monday, November 5, 2007

Ida

Ida and her son Imran, minah ni memang vogue sikit, ade ank sorang tapi tetap maintain dan single lagi. To ida, jangan sedih-sedih insyaallah, Allah akan permudahkan segala hal dengan syarat kite perlu selalu mengingati, mengadu dan memohon dengan Nya. Aku doakan ida akan tetap bahgia dan cepat dapat jodoh. AMIN.

Friday, November 2, 2007

My dear Husband

Selain, berkahwin dan berbulan madu...ini antara memori terindah di dalam lipatan sejarah hidup aku bersama suami tercinta- mengerjakan umrah bersama. Hubungan kami bertambah erat, semoga doa kami di sana di makbulkan dan Insyaallah kalau ada rezeki nak pergi lagi tahun depan. Semoga ALLAH permudahkan segalanya urusan rumahtangga dan sebagainya.
Kepada Abang I Love you so much.....

Monday, October 29, 2007

GUGUR KES

Assalamualaikum.....nak beri tahu la kes aku kene tipu hari tu dah settle dah...cina rongak tu dah pulang kan balik duit aku dan aku pun dah gugurkan kes tu. So pendengaran kes bersama tribunal pengguna tu tak jadi la. Nak tahu mase raye hari tu gi umah pak cik jalis, dia ngan bangga nye tunjuk kerusi urut rupa-rupa nya dia pun kena gak cam aku...beza nya dia terima semua hadiah yang tah ape-ape tu...dan tak merasa rugi.....untuk pengetahuan, syarikat ni mengeluarkan barangan tiruan dan memang barangan dia org tak berquality, duit yang dia kate kite menang tu sebenarnya nak bayar semua hadiah yang kita tak perlukan tu. Dia org memang cuba menipu dengan cara yang halus, tapi sebenarnya dia org memaksa kite membeli barangan tiruan secara kite tak sedar, sebab tu sebelum kite buat cabutan macam-macam dia suruh kite tandatangan surat perjanjian. Nasib baik duit aku dapat semua balik....ini pengajaran sebenarnya...so lain kali jangan berlembut sangat dan jangan mudah kesian kat orang....bye-bye

Irhas

Anak ibu ni dah pandai melaram dan pandai cakap.... Raye hari tu baru sambut birthday yang ke 2 tahun. Alhamdullillah murah rezeki anak ibu.


Rambut dia ni kalau tak potong 3 minggu cukap la.....cepat betul panjang .




Buah hati ibu....






















Thursday, September 13, 2007

Kak Rosni

Ni bergambar ngan kak rosni dalam bilik bos dia....lepas Floria ni , dapat banyak pokok untuk hiasan...dan yang paling menarik pokok bunga Orkid la...so we all ambil kesempatan bergambar dalam bilik bos kak rosni semasa kerja-kerja penyelenggaraan dibuat.

FLORIA 2007

Hai...nak cite sikit pasal FLORIA 2007....memang penat sikit bulan lepas...tapi hati puas bila FLORIA melabuhkan tirainya dengan kejayaan gemilang untuk acara yang pertama kali di anjurkan, kejayaannya memang luar jangkaan. terima kasih untuk semua yang terlibat. Aku sebagai setiausaha penuh Jawatankuasa Teknikal memang sibuk, dan semua benda kene ambil tahu....tapi allamdullillah ALLAH permudahkan. Insyaallah tahun 2009 nanti perancangan awal perlu dibuat agar persiapan rapi dan kelemahan-kelemahan terdahulu dapat dielakkan.


Gambar ni masa softlunching FLORIA di kelab tasik. Okey je cuma multimedia presentation je yang buat spoil...Event maneger memang pandai last minute baru la nak tunjuk tu pun bila PPJ dah bising-sing. Tapi itu biasa la kan...perkara-perkara yang dijangkakan akan berlaku....

KWP Garden....garden ni bebudak landskap yang design dan rialisasikan...tahniah kepada En Aziz, Jamal, zainudin dan kenkawan yang terlibat. Aku memang dari mula lagi dengan group ni tapi bila dah di lantik jadi setiausaha tu tak telarat nak follow, sebab banyak sangat benda nak kene buat at the same time. Anyway, TKSU memang bangga dengan taman ni.



Antara hiasan-hiasan Flora di dalam indoor tent.

PPJ Garden, ni satu lagi hasil kerja we all, tahniah la kat korang...dapat kalahkan meadow yang tah ape-ape tah. Tapi nak buat cam ne kan tak boleh nak control design orang, pastu cable dia org stainless steel, sampaikan design nak comment pun tak boleh. So jadi la design menyusun pasu bunga...tak de kreativiti langsung....sorry la ya...gambar meadow aku tak simpan......Tapi aku memang bangga ngan kawan-kawan aku yang buat PPJ garden ni.....




Salah satu cetusan idea dari florist yang mengambil bahagian di indoor tent.


Festival ni membuka mata dan hati ku, akan sifat-sifat manusia di keliling ku dan sifat-sifat diri ku sendiri. Tanggungjawab, sabar, berfikiran positif, rajin, jujur, amanah dan sebaginya. Tak semua orang senag untuk berurusan dan membantu tanpa mengharapkan balasan. Ini tanggungjawab setiap perkhidmat....Ade yang nak habuan tapi tak nak membantu, ade yang nak name tapi nak goyang kaki je, ade yang bersungguh dan rajin tanpa mengharap habuan dan tugasan yang dipikul adelah tanggungjawab yang diamanahkan. Aku berdoa semoga aku tak tergolong di kalangan org yang mementingkan diri dan berfikiran negetif. Ape-ape pun ambil yang positif buang yang negetif......Wasalam













Saturday, September 1, 2007

YEH ......TINGGAL SATU HARI LAGI......

Malam semakin sepi, tapi tah kenape mate tak dapat lelap...di luar hujan rintik membasah bumi....pastinya menjanjikan kesegaran bunga di tapak Floria......walaupun sudah lapan hari berlangsung dan penat lelah aku bakal ketemu titik noktahnya beberapa hari lagi..(itu pun belum tentu)....event ini membenihkan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Nanti akan ku titipkan buat kalian di coretan akan datang......


1 september 2007, Majlis penghargaan Floria bersama Dato' Zul Hasnan dan Tan Sri Presiden.....kakiku lenguh berdiri dan tersenyum menyambut tetamu-tetamu. Moodku baik dari pagi, excited menanti majlis penghargaan ini...berdasarkan ucapan Tan Sri dan Dato' Zul memang event ini berjaya......tapi masih banyak yang perlu diperbaiki...selaku setiausaha Jawatankuasa Teknikal, dan penglibatan aku dari awal....banyak yang aku rasekan perlu diperbaiki dan memerlukan penglibatan semua. Alangkah baik semua orang menjalankan tangungjawab masing-masing dan tak berkira soal kerja. Tah la....orang kate rambut sama hitam hati lain-lain.....ade yang suka ke depan tapi tak bekerja...ade yang suka bercakap tapi tak serupa bikin...ade yang tak serupa bikin tapi berkira...ade yang nak habuan tapi tak nak menolong...ade yang tak berkira, hardworking, berusaha tapi tak berhasil, ...ade yang berpolitik dengan harapan dapat name dan habuan .......tapi aku......yang pasti aku telah cuba memberi yang terbaik dengan ape yang telah dipertanggungjawabkan kepada aku......


Disini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada tulang belakang Floria yang telah bersama-sama membantu di dalam menjayakan acara yang pertama kali diadakan diPutrajaya ini.....kepada Tn Hj, En Aziz , kak Linda, Asmah, Suhana, Suriati, Jamal, Zainudin, Faizal, Pn Noriah dan lain-lain staff J(L), tak lupa pada staff J(P), J(B) dan J(K) yang banyak membimbing, membantu, menegur, dan berkongsi tanggungjawab. Thanks You Very Much.....hanya tuhan yang dapat mambalas.

Wednesday, August 22, 2007

Hari Malang 16 OGOS 2007


Nak cite sikit kat korang...hari malang 16 Ogos 2007...selalunye aku bace dalam surat khabar dan dengar dari jiran-jiran arwah emak yang kene tipu cam ne.Tapi kali ni kene kat batang idung aku.........Kejadian adalah seperti dibawah sebagaimana yang aku laporkan di dalam tribunal pengguna...............:-

Kejadian berlaku pada hari Khamis, 16 Ogos 2007 pada jam 2.30 petang. Saya di datangi oleh seorang perempuan cina yang memohon saya untuk membantu mengoyakkan 2 keping kertas untuk membantu beliau mendapatkan komisyen. Pada awalnya saya menolak tetapi dia memaklumkan kertas tersebut perlu dikoyakkan untuk dia mendapat komisyen dan biasanya kertas tersebut kosong dan beliau menunjukkan kepada saya contoh kertas tersebut. Setelah membantu mengoyakkan kertas tersebut saya dimaklumkan telah memenangi beberapa barangan. Saya tidak bersetuju dan memaklumkan tidak akan membuat apa-apa bayaran. Beliau memaklumkan yang saya akan digunakan untuk tujuan promosi diakbar sahaja dan tiada pembayaran akan dibuat.

Saya dipohon untuk mengikut beliau ke pejabat untuk mendapatkan hadiah dan mengambil gambar. Selepas saya pergi ke syarikat berkenaan saya di hasut untuk memenagi hadiah yang lebih besar dan syarikat mengarahkan saya untuk membayar wang sabanyak RM 3,998. Syarikat menghasut untuk saya membayar dan menandatangani resit penerimaan, dan memberi saya kertas berkunci untuk dibuka. Saya tersedar ditipu setelah membuka kunci berkenaan dan didapati hadiah yang ingin diberi adalah barang-barang yang tidak saya perlukan.

Saya mengingatkan syarikat tujuan asal adalah ingin menggunakan saya untuk promosi bukan untuk menerima hadiah yang tidak saya perlukan. Syarikat mengambil kesempatan di atas kecuaian dan cuba menghasut saya untuk memenagi hadiah lain. Saya memaklumkan hadiah-hadiah tersebut tidak saya perlukan dan syarikat cuba untuk memberi hadiah-hadiah lain yang tidak saya perlukan. Saya telah menghubungi suami saya dan dia telah berunding dan memaklumkan syarikat yang saya akan membuat aduan ke balai polis dan syarikat bersetuju untuk memulangkan duit saya, walaubagaimanapun syarikat tetap ingin saya membayar RM 500 untuk slimming belt. Setelah pulang ke rumah saya tetap rase di tipu kerana slimming belt tersebut bila di semak jenamanya adalah Slimming Belt SB 60229, di mana harga yang di bayar RM 500 adalah tidak berbaloi dan saya tidak memerlukannya. Saya tetap rase ditipu di mana pada awalnya saya dimaklumkan tidak perlu membayar sebarang bayaran.

Sehubungan itu, saya ingin menuntut bayaran sebanyak RM500 dan ganti rugi masa dan tenaga yang dihabiskan mendengar penjelasan dan penerangan dari pukul 2.30 petang hingga pukul 5.00 petang. Suami saya juga terpaksa bergegas dari Bandar Baru Nilai ke Kajang bila saya hubungi beliau saya telah ditipu.

Cam tu la ceritenye akkak di tipu...melayang la RM500 ........aku ni lembut hati sangat...tengok budak tu cakap dia lummakandan nak dapat komisyen je...aku pun tolong la dengan hati terbuka.....aku dah buat aduan kat Tribunal pengguna dan cina tu sibuk la nak merayu-rayu. Abang cakap jangan nak layan kalau dia nak pulangkan minta dia pulangkan kat balai polis berdekatan. EEEEEEE geram sebenarnya...pertama kenape aku mudah sangat la terpengaruh...agaknya cina tu ade mandram kut.......


Ohh aku sertakan gambar cina tu...so kalau korang terjumpa cina tu ...jangan la jadi cam aku ...k....mohon ALLAH Perlihara kite semua dari kejahatan...amin


Ni la budak yang menghasut aku tu.........kenape aku leh percaye kat minah tak lepas sekolah ni...





Ni lak budak yang kunci aku kat dalam Office dia dan menghasut aku macam-macam...dia tutup mulut sebab gigi dia gongak.

Monday, August 20, 2007

Hai....

Hai ni gambar Asha anak ibu yang ni memang kuat melaram. Kalau dalam bilik tu memang tak de siapa yang berani usik alat make-up ibu. Ni la budaknya....
Ni Lak gambar my hero. My Spiderman, sekarang dah pandai cakap dan kuat menjerit kalau orang usik barang dia. (HEEEEEEE Idung cam baba, tapi handsome gak)

Puteri-puteri di hati ibu. Kak ina baru je habis exam, so minggu ni biar dia rehat dulu. tapi anak aku yang ni memang rajin sikit. Hope dia jadi sumber inpirasi adik-adik dia.





Same tak muka ngan Ibu?





I Love you all ummmmmmmmahhhhhhhhh.......




Tuesday, August 14, 2007

GAMBAR NURASHA IRDINA







Hari ni komputer aku dah ditukar baru...terima kasih la ngek kat orang I.T PPj...setelah sekian lame baru la dapat tukar P.C baru.....tengah clean file....terjumpa lak gambar Asha......
Asha umur 6 bulan....ibu doakan anak ibu menjadi anak yang soleh ...Amin...Ibu sayang adik walaupun kekadang ibu termarah adik, sebab adik selalu usik adik Irhas...kan ibu pesan kalau adik selalu usik adik irhas nanti bila irhas besar dia lak usik adik....Yang pasti ibu bangga dengan anak-anak ibu. Ibu sayang adik. LUV U







Friday, August 10, 2007

Lame tak up-date

Hai...tup..tap..tup tap dah masuk bulan Ogos, kejap je dah nak masukhujung tahun. Bila dah tiba bulan ni memang aku buzy je memanjang..pas tu ade very big event to be hendle....anyway..memang best bila sibuk-sibuk ni...sebab bila takk sibuk aku rase nak gi keje memang tak semangat....kalau sibuk ade gak maknenye pegi bekerja tu...

Last week Festival Filem...you all tengok tak???/....nak bagi pendapat la sikit kat sini...kalau you all perasan, ade la seorg artis tu kan...(eeee macam paparazi lak aku ni) tapi tak kisah la nak kongsi gak pandangan aku ngan korang...baru-baru ni sakit teruk tak silap aku breast cencer....dan dia dah pun habis buat pembedahan dan sekarang tengah buat rawatan susulan la kut...memang in the first place aku memang simpati abis kat nenek ni...tapi bila tengok dia kat Festival filem tempoh hari (kat TV la ngek, kalau harap aku gi kat situ semate-mate nak tengok artis kat kapet merah sorry la ngek)...sambung balik....tengok nenek tu dah botak...ambil award pun dah gigil-gigil dah pun...tapi yang aku kesalkan walaupun keadaan dia cam tu...nak gak teruskan perjuangan seni la konon....rambut dah gugur tapi muka, hidung, bibir nampak macam cucuk je...yang tu tak pe la ...mungkin cucuk sebelum pembedahan cencer dia...tapi aku harap dia sedar tuhan beri dia peluang untuk dia bertaubat dan menginsafi diri dia...peluang untuk bertaubat masih ade...dan aku rase dengan penyakit dia tu...tuhan beri dia peluang untuk bertaubat....bukan gagah untuk meneruskan perjuang seni...dddan tunjuk satu Malaysia kesakitan dia dan suruh org mendoakan dia..dan berkate ..."kak y.... akan menang JIHAT ni" maaf la ya...selepas Festival filem hari tu hati aku memang tak simpati kat dia..tapi doa aku moga dia sedar peluang yang diberi....Doakan la dia....PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA....WASSALAM....

Thursday, June 14, 2007

Sukan Wanita Kebangsaan 11 telah melabuhkan tirainya pada 9 Jun 2007 lalu...tahniah kepada pasukan Bola Jaring PPJ akan penyertaan sulung pada tahun ini dan harap-harap tahun depan akan membawa kejayaan yang lebih cemerlang dan banyak acara-acara lain yang boleh disertai. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar kenangan utk tatapan kenkawan.



Sesi mengambil gambar sendiri sebab tension tengok MSN dan Pahang mase final game hari tu, bila la bebudak ni boleh terbang-terbang macam dia org.


Sesi berposing sakan, walau kite tak menang tapi bab menang gaya sudah tentu...huaahhhahhh


Maju la sukan untuk wanita....(Yang Sebelah tu name samaran dia bulldoser...kenape???? hanya bebudak netball je yang tahu...biar la rahsia...he he...


Ni kawan baik kite...otai netball kat PPJ ni...tahun depan kite org dah janji nak telan bola....so adik-adik selamat meneruskan perjuangan...


Sesi makan-makan kat Perkampungan sukan...

.............PERJUANGAN BELUM SELESAI..............

Monday, June 11, 2007

TERLALU ISTIMEWA

Terlalu Istimewa Lyrics
Artist: Adibah Noor

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

Thursday, June 7, 2007

7 Jun 2007

Hai.........pagi ni dapat email dari Asmah berbunyi ;- ' "YA ALLAH SAYA MENCINTAI-MU DAN MEMERLUKAN-MU, DATANG DAN TERANGILAH HATI KAMI SEKARANG...!!!" KIRIM KE 10 ORANG LIHAT KEAJAIBAN PASTI BERLAKU TOLONG JGN DI HAPUS INI BENAR2 TERJADI....

aku baca dan forward kepada kenkawan 10 org, pastu aku delete sebab tak mahu nanti penuh mailbox aku, dalam hati macam email terdahulu juga, kalau tak hantar macam takut...lebih baik hantar tak rugi ape-ape insyaallah dengan izin allah segalanye pasti terjadi.

9.27 pagi satu email masuk dalam mailbox....berite baik ...memang berite itu buat hati aku berbunga riang...something that i been waiting for so long....it's about promotion........thanks pada yang ESA...aku bersyukur sangat-sangat....hope lepas ni murah lagi rezeki aku dan ank-anak dan moga aku tidak lalai dengan ape yang tuhan bagi dan permudahkan ini.....amin....bila difikirkan baru teringat email pagi tadi yang aku forward pada kenkawan.....mungkin juga kate hati....bersyukur aku....walaupun kenkadang susah nak percaya...

so pada yang kenkawan diluar sana, sekiranya anda dapat email yang baik untuk di forwardkan ....buat sahaja...insyaallah tuhan akan bantu walaupun ....kecil sangat apa yang kite buat tu....yang pasti kite buat kerana Allah.

Tuesday, May 29, 2007

SUKAN OLAHRAGA PERBADANAN




19 Mei 2007, Sukan olahraga inter Jabatan, eeeeeeeeeee terasa muda balik, mane tak nye zaman berlari-lari ni zaman sekolah-sekolah dulu, aku last berlari pun mase kat UITM dulu...pastu dah pencen dah....dulu emak selalu pesan jangan selalu sangat main sukan nasib baik ikut cakap emak kalau tak sekarang ni aku buat jadi ape la ngek...emak kate kalau aku memang teror sangat tak pe, tapi kalau biasa-biasa je tumpu je la kat pelajaran........
Tapi hari tu memang terase muda sangat, sampaikan ank-anak nak datang tengok pun aku tak bagi.....ya allah emak siapa @ bini sape yang berlari tu....ahhh tak kuasanye....
Okey gak dapat bawe hadiah balik...tapi bab ni yang aku malas ni, balik-balik bawa hadiah yang gangtung kat leher tu..emak kate kalau Olimpik ke dapat emas..boleh gak emak gadai...tapi kalau aku gi olimpik mesti aku dah ganti tempat Menteri Sukan tu AZALINA...ha ha ha....

Anyway tahniah kepada J(P) sebab johan ...tahun depan J(L) akan pasang strategi untuk kumpul point...walaupun tahun depan aku dah masuk kategori (V) aku pulun je janji dapat point..ha ha

Monday, May 21, 2007

Khas Untuk Babah





Assalamualaikum....

Hari ini hari bersejarah untuk aku.....tarikh penikahan....Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk abang....semoga ikatan ini kekal sehingga nafas terakhir....terima kasih kerana menjaga ibu dan anak-anak.......Ibu akui selama 8 tahun ini ....Ibu Bahagia...walaupun sesekali badai menyapa...alhamdulillah kite lalui dengan tenang dan duduk berbincang....terima kasih kerana menerima Ibu seadanya...walaupun ibu bukan yang terbaik tapi insyaallah ibu akan cuba memperbaiki diri ibu......ibu bersyukur kerana babah dapat menerima keluarga ibu dengan hati yang terbuka dan menerima adik-beradik ibu......masalah ibu, babah pikul bersama.......

Ibu harap kebahagiaan ini berpanjangan dan tuhan tidak mendatangkan dugaan yang mengundang airmata dan menjadi nanar di dalam hati kite, dan mengikis kasih sayang kite.....setiap kali sembahyang itu yang ibu doakan....ibu mahu menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 30-40 tahun bersama babah...insyaallah kalau umur ibu panjang.....

Akhir sekali......SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 8......I Love You...dari Ibu..........

Sunday, May 13, 2007

STRESS


Hai….how are you out there??/…..Do you manage your stress?? And how are you manage you stress….Vassanthi said in her book , the easiest way to manage your stress is doing yoga….and I quiet agreed with her…after I got my third baby, I have joined yoga class at Dewan Presint 8, and yes!!!! With yoga I manage to handle my stress, I get very good sleep and the important thing I get my figure back!!! Actually the
Yoga is centered on the mind-body connection, the combination of three main things – postures (asanas), proper breathing (pranayama) and meditation. Yoga helps us through a cleaning process, turning our bodies into a well synchronized and well-oiled piece of machinery. Normally I started with the breathing, followed by sunsulatation for 8 to 12 time, then standing postures, sitting postures and savasana, breathing and ending with meditation. Simple right!!! And believe me it is very good to release your tension and stress………

Thursday, May 3, 2007

KENDURI DAN BACAAN YASSIN

Asssalamualaikum....

Best nye dua hari cuti...penat badan ....last tuesday buat kenduri arwah emak dan abah....allahdulillah ramai tetamu yang datang ...penuh rumah....murah rezeki aku dan keluarga..memang puas hati kali ni buat kenduri...sorry la ngek dah terlampau sibuk tak sempat nak ambil gambar....dan kat sini nak ucapkan terima kasih terutama kat mak kak( tong-tong buat kenduri ...ni pun dia yang sibuk sangat nak buat kenduri sebab dah setahun dia kerja...insyaallah murah rezeki mak kak gak dan semoga cepat dapat jodoh), pas tu nak ucap terima kasih kat kak long( agar-agar dan karipap tu sedap tau)...kat emak, kak ani dan sedare sebelah Nasir terima kasih sebab datang....dan sedera sebelah arwah mak, pak uda, pak lang, pak cik, pak busu, mak andak, pak long...(cuma mak ngah dan mak itam je tak de)terima kasih kerana datang...harap-harap dapat eratkan lagi silatulrahim kite sekeluarga.........untuk kak mimi dan keluarga ...tq gak kerane hadir (best sepupu aku yang sorang ni) last sekali terima kasih kepada tetamu yang hadir, jiran-jiran dan kawan-kawan pejabat dan orang surau....TERIMA KASIHHHHHHHHHHH BEBANYAKKKKKKKKKKKKKK

Friday, April 20, 2007

Kenape kite di duga......

Kenape hati menjadi runsing.....pagi ni dapat call dari salah seorang kawan rapat...bercerite tentang masalah rumah tangga...hati terase berat nak mendengar...kerana nanti kepala sarat memikirkan masalah orang lain...tapi aku hanya seorang manusia yang perlu mendengar dan mengambil iktibar dengan ape yang berlaku di sekeliling .........kekadang geram kenape ade manusia yang berhati batu...tidak pernah mensyukuri ape yang dikurniakan....menunding jari menuduh dan mencari kelemahan orang lain...kenepa tidak mahu bermuhasabah diri...mencari kekurang diri dan memperbaikinya....nasihat aku kepada dia...sujud kepada NYE...semoga tuhan memberi petunjuk dan memperbaiki rumah tangga nya....sejuk dan lembutkan hati batu suaminya....semoga dia tabah...tuhanku....tunjukkan kebesaran Mu tuhan....dugala suaminya dengan ujian yang maha hebat...agar bila dia di timpa ujian ...hanya isterinya yang selalu di caci tu yang datang dengan tangan yang terbuka dan hati yang rela dan iklas sahaja yang akan menjaganya...dan bila dia ditimpa masalah itu..hanya anak-anaknya yang sering dimarahinya sahaja yang bisa membantu nya...justeru itu baru dia sedar akan kesilapannya....tuhan ku maaf kan aku berdoa bergini ...tunjukkan aku kebesaran mu..sekiranya itu yang terbaik.....dan jika sebaliknya....Kau lembutkan lah hati suaminya...jadikan dia suami yang baik dan kau bahagiakan lah rumahtangga nya....amin.....

Buat sahabat ku.....tabahla...ambil la ini sebagai ujian....dan ingat orang yang sering di uji itu disayang Tuhan...sebab bila kite di uji kite lagi banyak bersyujud kepada NYE....ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, April 17, 2007

Netball




Hitam..hitam...eeee.tak sukanye...dulu pak uda selalu bagi aku pantun..hitam-hitam setampuk manis, sungguhpun hitam dipandang manis...mane tak nye sepanjang zaman persekolahan muka ni tak pernah nak cerah....mesti kelabu je...mana tak asik bersukan je....ingatkan bila dah 'matang' sikit ni dah tak yah melompat-lompat dah....nasib baik aku pemain simpanan...kalau tak mesti dah legam dah...aku bukan nak maintain ke ape..tapi muka ni kalau dah terbakar mesti susah nak di pulih kan.....tapi tak pe aku lakukan dengan iklas....pas tu hubby sokong 100%( tq babah, i luv u)....lagi satu kawan baik aku pun main same...dan bos pengurus pasukan(he..he..bodek la kut)....tak pe pas ni insyaallah tertelan bola...boleh pencen....

Saturday, April 14, 2007

Mak Kak dan Una


Ni Mak Kak....masih single....adik yang aku jage sejak dari tingkatan satu...dulu selalu gaduh ngan dia ni..tapi sekarang dah malas nak gaduh...sebab nanti putri-putri contohi pulak....
href="http://2.bp.blogspot.com/_DwjrumNicIQ/RiDNkKbvoJI/AAAAAAAAAA8/wAQG1bLrz30/s1600-h/Picture+019.jpg">
Bebudak ni ngan sepupu dia Una...dah besar dah Una...Auntie sentiasa doakan una akan tabah menghadapi ujian tuhan....manusia di dunia ini diduga dengan bermacam-macamujian sekiranya kite sentiasa berserah kepada-NYE dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan...insyaallahh di dalam hati kite sentiasa gembira....dan ada pepatah mengatakan bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian...insyaallah auntie doakan una jadi anak yang berguna dan berjaya......Amin

My Dear Son


My son Nurhan Irhas....sekarang dah pandai bercakap sikit....muka campur antara Nina dan Asha....tapi 'identiti babah' tetap ade di ketiga-tiga anak ku...cuba teka ape???...

PUTERI-PUTERI IBU


My 1st daughter Nina masa mengandung dia suka tengok Ka HO Na Pria Khe (betul ke spelling)masa mula-mula keluar tu semua org kate dia tertukar masa kat hospital...ha..ha cian anak ibu....

.href="http://1.bp.blogspot.com/_DwjrumNicIQ/RiCMb6bvoDI/AAAAAAAAAAM/WtcR1sTwIRI/s1600-h/Image001.jpg">


My 2nd daughter...Asha....masa mengandung dia gila tengok cite cina....

Sabtu yang suram

Last weekend baca buku 'WOW.....a gift for the fun mom' by Vasanthi Ramachandran......it is about how to be a wow mom or good mom...and i think i am very-very good mom to my children.....and semalam dapat hadiah buku ESQ, tah cam ne boleh terberani nak angkat tangan...padan muka aku...but thank god..mungkin ada hikmah disebalik nya .....and my hubby so excited to join me to the course of ESQ...hope this is the good step untuk aku and hubby mencari siapa aku dan apa bekalan yang akan ku bawa dan yang aku berikan kepada anak-anak aku sebelum aku pergi mengadap-NYE..........and today i have started read the ESQ book.....and i know deep inside my heart ....i need to wake my God spot......

Abang pergi krusus for two days...and boringnya....selalu every saturday and sunday evening we were spents time together, makan goreng pisang.....with Nescafe......but this weekend so boring....kejap lagi nak buat ape ngek...nina and asha dah melompat-lompat nak gi umah mak long....okey la...will talk to you later blog...babai

Saturday, March 24, 2007

Introduction

Hai....my dear blog...this is my first time dating with you....hope next time will talk to you more...and i will talk about my family and friends.....